ERTI SEBUAH PERNIKAHAN...
Assalamualaikum....Dada Adira berdebar-debar..Suara Jamal membuatnya
semakin mengeletar..Malam ini adalah malam pertama dia bergelar sebagai seorang
isteri buat seorang lelaki yang di cintainya...Tapi entah mengapa seluruh
tubuhnya mengeletar..Jantungnya berdegup kencang saat jamal memegang erat
tangannya..Tenanglah sayang..malam ni adalah malam yang terindah buat
kita..kalau sayang belum bersedia ,abang sedia menunggu sayang...Jamal
tersenyum sambil memeluk Adira yang masih membisu.
Sayang kita solat berjemaah dulu...Kita ucap syukur pada tuhan kerana
menyatukan cinta kita...
Adira menangguk..Perlahan-lahan dia membuka baju pengantinnya...tudung yang
menutupi mahkota yang di milikinya di buka di hadapan suami tercinta...Jamal
melihatnya tanpa berkedip...Serasa Tuhan telah menghadirkan bidadari dari
syurga buatnya...
Abang..marilah kita mengambil wuduk..Kata nak solat...
Jamal terketawa...dia di tawan dengan keindahan yang ada pada
isterinya...Mereka menunaikan solat bersama dan berdoa semoga jodoh mereka di restui
oleh Allah..
Pelukan hangat jamal merobohkan benteng ketakutan dalam menjalani bahtera
asmara buat dua pengantin baru itu..Sebagai seorang wanita yang bergelar
isteri..maka dengan itu malam itu adalah malam dimana seorang gadis itu
menyerahkan cintanya..tubuhnya ..hatinya..dan jiwanya pada seorang lelaki yang
bergelar suami..Dalam keasyikan memadu asmara..di hati kecil Adira ada doa yang
mengharapkan agar cinta suci ini tidak akan dikhianati...Jamal melalui
detik-detik yang terindah bersama bidadari pilihan hatinya...Perlahan-lahan dia
merasa begitu bahagia dan dia telah lupa pada semua kisah pahit yang pernah di
alaminya.
Selamat pengantin baru bos...
Jamal ketawa gembira...Lambat datang hari ni bos..ehem...Staf bawahan cuba
mengusiknya.Jamal hanya tersenyum malu bila di usik oleh teman dan
pekerjanya...Namun senyuman nya tidak pernah lekang dari bibirnya...Dia
mengambil telefon...Sayang,,abang dah sampai pejabat ni...ayang buat apa tu...?
Baru habis cuci kain ni bang..abang dah sampai ya,,?Tengah hari ni balik
makan ya...nanti saya masak ikan masak merah kegemaran abang tu...
Emm..ya la..Abang mesti balik
makan..abang rindu dengan sayang...Jaga diri ya..nanti tengah hari kita
jumpa..bye sayang..muah..
He,,he..mengarut lah abang ni...kita kan dah kahwin..,masih rindu lagi
ke...?
Semakin ayang dekat semakin kuat rindu abang pada ayang,,Sebab isteri
abang..ehem..ehem..
Apa?
Ha ha...oklah sayang..nanti kita jumpa ya...Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..Adira meletakan telefon bimbitnya di atas meja.Sofia adik
Adira tiba-tiba muncul di hadapanya..Adira agak terkejut dengan kehadiran adik
tirinya itu...
Tanpa memberi salam Sofia masuk ke dalam rumah Adira...Wah, besarnya rumah
kakak ni...Boleh tak adik tinggal dengan akak kat sini..saya boleh jaga akak..
Tapi dik,siapa yang jaga mak..kesihan mama tiada kawan kat rumah tu.Adira
bersuara perlahan.
Ala akak ni sombonglah..mentang-mentang dapat kahwin dengan orang
kaya..saudara pun nak buang ke?Sofia bersuara keras.
Bukan begitu dik..tapi mama dah tua..akak dah bersuami..akak tak boleh
tinggal dengan mak lagi..siapa yang jaga mak?Adira bersuara agar Sofia memahami
situasi yang berlaku...
Sofia masuk dan berlegar-legar di seluruh kawasan rumah itu...Kalau aku
tinggal di sini pasti aku hidup senang...Rumah besar...banyak makanan..baju
kakak pun cantik-cantik...Sofia berkata di dalam hati.Aku harus memujuk kakak
agar membawa mak tinggal di rumah ini...aku bosan hidup susah...
Jamal pulang dari kerjanya,,Dia agak hairan melihat Sofia datang menemui
mereka,,Setahunya sofia amat membenci Adira,,,Sudah beberapa kali Sofia cuba
memutuskan hubungannya dengan Adira..
Abang dah balik...Adira mengambil beg dan membuka kasut suaminya yang
terduduk kepenatan..Abang minum dulu ya...Adira menyuakan air putih ke mulut
suaminya dengan penuh kasih sayang...
Terima kasih ya sayang...Jamal mengucup tangan isterinya...Kemesraan itu
dilihat oleh sepasang mata yang sedang cemburu...Syaitan dalam hatinya terus
membakar sekeping hati yang menginginkan kemewahan dunia yang di miliki oleh
Adira.Memang nasib aku benar-benar sial...semua ini salah mak..Gara-gara kalah
judi..kakak pula di jual dengan lelaki kaya ni ..Mengapa bukan aku yang di jual
dengan lelaki sekaya ini......
Sofia keluar dengan pakaian yang agak singkat dan jarang...Dia memberi senyuman
yang sangat manis buat Jamal yang sedang duduk menikmati sarapan yang di buat
oleh Adira...Astagfirullaalazim,,,kamu tak ada pakaian lain ke Sofia.Kamu tahu
tak..haram gadis seperti kamu memakai pakaian begini di rumah ini..Tubuh kamu
tu aurat..mahu di bakar ,api neraka
nanti..Jamal bersuara tegas.Adira cepat-cepat keluar bila mendengar
keributan yang ada di ruang makan..
Dia agak terkejut melihat Sofia yang berpakaian separuh tubuh di hadapan
suaminya..Adira menarik tangan Sofia masuk ke bilik..Dia agak malu bila adiknya
berlaku kurang sopan di hadapan suaminya...
Kalau kau mahu tinggal di rumah kakak,jangan bawa perangai dari rumah
tu..malu lah akak adik pakai macam ni..ni dalam almari banyak baju kakak..pakai
yang sopan-sopan,,faham...tukar baju tu..
TAPI..kak...
Tak ada tapi-tapi..sekarang tukar baju tu atau akak akan hantar kau balik
rumah mak..Adira memberi amaran..
Ye la kejap lagi aku tukar...Sofia mengalah..Sabar Sofia..Masih belum
tibanya lagi..satu masa kau akan jatuh terduduk Adira.....
Adira keluar dari bilik itu..Dia segera menemui suaminya yang mahu
berangkat ke pejabat..
Maafkan Sofia ya bang...Dira janji akan nasihatkan Sofia agar tak buat
macam tu lagi depan abang..Dira minta ampun bang...
Jamal memegang tangan isterinya..Bukan salah sayang pun,,buat apa minta
maaf...?Nasihatkan adik ayang tu baik-baik..malu kalau di lihat orang dia
berpakaian begitu..Abang pergi dulu...Assalamualaikum...Jamal mengucup dahi
isterinya..
Waalaikum salam...Adira melepaskan tangan suaminya dengan memberi senyuman
buat suaminya.
Sudah setahun pernikahan mereka..Namun belum ada tanda-tanda Adira untuk
hamil...Puas sudah Adira berikhtiar mencari ubat sana sini...
Sabarlah sayang..Tuhan belum mengurniakan kita rezeki lagi..kita berdoa
ya,,,Jamal memujuk Adira..
Adira jadi semakin bimbang,,Kata-kata Datin Farida ibu mentuanya
seolah-olah mempunyai maksud yang tersembunyi...
Dah setahun kamu nikah..tapi kenapa masih belum hamil..jangan-jangan kamu
mandul ya Adira..Mama rindukan cucu pertama mama...
Belum ada rezeki lagi mak...lagipun saya dah berusaha untuk hamil anak
abang Jamal...
Ya sudah kalau begitu...lagipun Jamal tu berkemampuan...kalau kamu tak
mempunyai anak ,suruhlah Jamal tu nikah lagi...Datin Farida bersuara.
Hampir mahu tercabut jantungnya bila Datin Faridah
menyebut agar Jamal bernikah lagi...Adira sibuk membersihkan rumah mereka...Sofia berbaring
sambil melunjurkan kakinya di atas meja..Kak..nanti tolong basuh baju adik kat
dalam bilik tu..adik tak sihat lah hari ni...perut adik sakit...
Habis tu kalau sakit kenapa duduk macam tu...Tanya Adira,,,Kadang-kadang
dia agak geram melihat perangai adiknya yang menjadi-jadi.Tapi dia masih boleh
bersabar kerana arwah ayahnya berpesan agar dia menjaga adiknya itu
baik-baik.Sofia memegang perutnya.Betul ni kak..adik tak tipu...
Adira berlalu dari situ..Dia masak benar dengan tingkah laku Sofiah.Sofiah
senyum-senyum sendiri bila melihat Adira mencuci kainnya yang dikumpulnya
selama seminggu itu.
Malam itu sungguh sepi sekali..selesai solat Jamal merebahkan tubuhnya di
atas tilam.Adira masih belum masuk ke bilik mereka.Sofiah datang berkemban ke
bilik Jamal...
Abang..Sofiah takut bang...tadi..tadi...ada orang masuk dalam bilik Fiah
bang...
Siapa?Jamal berdiri untuk melihat orang yang di maksudkan oleh
Sofiah..Abang jangan keluar,,mana tahu orang jahat..Sofiah memeluk Jamal
erat-erat.
Eh, lepaslah..bukan muhrim tau.!Bentak Jamal
Tapi Fiah takut bang....Sofiah terus memeluk Jamal yang kebingungan.Pintu
bilik itu di buka..Astaffirullaalazimm..apa abang buat ni...?Adira tiba-tiba
muncul.Matanya melihat Sofiah memeluk suaminya dalam keadaan yang berkemban..
Ya Allah...apa semua ni..?Adira hampir pengsan melihat kejadian itu..Air
matanya jatuh tanpa di undang...
Sayang..jangan fikir yang bukan-bukan..ini bukan seperti yang sayang
sangka...Jamal cuba menerangkan perkara sebenar.
Bohong..kak..maafkan adik ya,,Abang Jamal yang panggil adik datang
sini...Adik dah dua kali di paksa oleh abang Jamal buat ni..kalau adik tak buat
abang ugut akan halau adik dari sini..Sofiah berkata.
Itu semua fitnah,,hei perempuan tahukah kamu bahawa fitnah itu lebih tajam
dari hujung pedang..tidak takutkah pada dosa akibat kamu memfitnah abang iparmu
sendiri...Jamal bersuara.
Saya tak tipu kak...Masa kakak melawat mak abang berpura-pura sakit..Tapi
dia yang mencabul kehormatan adik.Sofiah bersuara sammbil menangis
teresak-esak.
Baik kalau begitu..Malam ini juga kakak mahu kamu ke hospital.kakak mahu
buat pemeriksaan yang kamu benar-benar di perkosa.Adira bersuara sambil melihat
Jamal yang bingung dengan perlakuan Sofiah..Apakah Adira sudah tidak percaya
pada dirinya,,,Atau Adira sengaja berkata seperti itu untuk memerangkap Sofiah.
Sofiah jadi tidak keruan..Jangan lah kak,,adik relakan semua tu..Lagipun
adik tak mahu akak di ceraikan oleh Abang Jamal..adik sangup berkorban apa saja
untuk kakak...Sofiah cepat-cepat keluar dari bilik itu.Adira masih berpeluk
tubuh sambil menatap wajah suaminya dalam-dalam..Dia ingin mencari sedidik
kejujuran yang di miliki oleh suaminya itu..Apakah Sofiah itu benar atau
suaminya itu di fitnah...
Jamal merapati Adira yang masih sugul..Mindanya terhasut dengan apa yang di
lihatnya sebentar tadi..Maafkan Dira bang,,bagilah ketenangan untuk
Dira..Biarkan dira sendiri,,Abang rehatlah...Adira melepaskan pegangan tangan
suaminya..Adira duduk sendirian di kusyen ruang tamunya...Fikirannya
berlegar-legar.Ya Allah bertapa berdosanya aku tidak meyakini suamiku
sendiri...Ya Allah beri aku petunjuk dah hidayahmu,,Jadikan aku isteri yang
bijak dalam mengatasi masalah dalam rumahtangga Ya Allah..Jangan kau jadikan
aku golongan wanita yang derhaka terhadap suaminya Ya Allah...Jauhi lah hambamu
ini dari jilatan api nerakamu....
Adira menuju ke dapur.Dia mengambil segelas air lalu
meminumnya,,Perlahan-lahan api kemarahannya padam...Al hamdulillah Ya
Allah...Kau telah memberi ketenangan buat ku....
Adira masuk ke dalam biliknya..Jamal telah tertidur pulas,,,Dia begitu
penat sekali...Adira mencium tangan suaminya dan memeluk tubuh
suaminya...Maafkan aku bang,,ampunkan isterimu ini..Air mata Adira mengalir
keluar..
Sofiah menghempaskan tubuhnya di atas tilam..Kurang ajar..pintar juga kau
Adira,,,Nyaris-nyaris aku ketahuan menipu...Semua rancangan aku gagal..aku
harus pulang...aku harus bertemu mama...
Mama harus tolong aku..kalau tidak kita akan hidup miskin macam ini...kalau
harap daun judi bertuah mama tu ,samapai mati pun kita tak akan kaya-kaya
mama...Sofiah bersuara.
Sofiah kakak kau dah bagi segala-gala milik dia untuk kita,,Dia sanggup
berhenti belajar dan berkorban untuk mama..Apa lagi yang tidak cukup...Maimon
bersuara.
Mama..akak tu hidup senang..naik kereta mewah..rumah mewah...tapi kita
dapat apa mama..mama pelihara dia macam anak sendiri tapi apa balasan dia untuk
mama...Sofiah bersuara.
Mama tak minta apa-apa lagi dari dia..Semua dia dah beri untuk kita...
Mama ,kalau mama tak mahu bantu Sofiah,,Fiah akan bocorkan rahsia mama yang
mama jual kakak Adira untuk bayar hutang mama.Sofiah bersuara.
Maimon tersentak bila mendengar kata-kata Sofiah.Kau jangan macam-macam
Sofiah...Tidak ada seorang pun perlu tahu tentang tu..terutama keluarga Jamal.
Fiah tak peduli..Mama harus cari jalan supaya Fiah boleh jadi isteri
Jamal..Supaya kita dapat harta kekayaan Jamal..kita hidup senang,,mama tak
perlu main judi lagi...
Maimon jadi serba salah...Sofiah orangnya sangat nekad..Kalau bulat katanya
,maka bulatlah akan di buat...Maimon jadi takut kalau-kalau Adira tahu perkara
yang sebenar.
Adira bergegas ke rumah ibu tirinya...Sofiah baru saja memberitahu bahawa
ibu mereka itu sakit kuat..Adira memangku Maimon sambil membelai rambut wanita
separuh abad itu..Tersentuh hati wanita itu ,bila Adira begitu sayang
padanya..Rasanya mahu saja dia mengakhiri lakonannya itu agar ,Adira tidak
secemas itu.Sofiah membesarkan matanya,memberi isyarat agar ibunya berpura-pura
sakit.Dia tidak mahu rancangannya kali ini gagal.
Selama sebulan Maimon dan Sofiah tinggal bersama Adira..Berbagai masalah
telah timbul...Sayang..Jerit Jamal.
Ada apa bang,,Adira bergegas ke bilik mereka.
Kenapa pendrive abang ni basah..Dalam ni semua kerja penting abang
tau...Kenapa tak check seluar abang sebelum cuci..
Tapi Dira dah keluarkan pendrive tu bang,,mana mungkin boleh jadi macam
ni..Adira jadi bingung.
Hari ni abang ada pembentangan kertas kerja untuk untuk projek
abang...Kalau macam ni..susahlah abang,,,Jamal jadi bingung.Dia menyemak semua
dokumen yang ada,,Ternyata semua dokumen tidak dapat di baca lagi.Jamal
menghempaskan semua fail yang ada di hadapannya,,Adira terkejut melihat
suaminya yang sedang marah.Adira menangis lalu keluar dari bilik mereka.Di
ruang tamu Sofiah ketawa geli hati...Dia memasukan pendrive itu ke dalam air
dan meletakkan di dalam bilik Adira.
Jamal keluar dan masuk ke dalam keretanya.Kereta itu di pandunya
laju....Semenjak kedatangan ibu dan adik Adira ke rumah mereka,hubungannya
dengan Adira semakin rengang,,Setiap hari mereka pasti akan bertengkar..Tapi
apakah benar Adira yang melakukan semua itu..Adira kan isteri yang baik..hari
ini pendrive basah,,kemarin saja ,satu rumah ribut bila cincin milik ibunya
hilang ,dan di temukan di bawah bantal Adira.Tidak cukup lagi satu hari itu
lantai licin membuatnya jatuh terhempas..ada minyak yang sengaja di tumpahkan
di hadapan bilik mereka.Jamal tidak jadi turun kerja,.Dia harus menyiasat
apakah yang sedang berlaku.Apa lagi sekarang ,Adira mengandung 2 bulan.Jamal
bersembunyi di sebalik dinding rumah mereka,Dia melihat Adira mencuci pakaian
yang sangat banyak...
Kakak..Fiah lapar lah,,boleh masakan Fiah ayam goreng tak?Adira melihat
adiknya.
Tak nampak ke akak tengah basuh baju ni?
Akak kan orang kaya..Mana adik reti cuci kain pakai mesin.Cepatlah
akak..adik lapar ni...mak pun nak makan sama...
Mak nak makan ke?Nanti akak masak.Adira bersuara,sambil menekan-nekan
pingangnya yang sakit...
Adira meningalkan kain yang di
cucinya untuk memasak ayam goreng yang di minta oleh Sofiah.Sedang dia sibuk
memasak..tiba-tiba Jamal muncul di hadapannya..
Kenapa ayang buat semua ni,,?Ayang kan mengandung anak abang...Ayang perlu
rehat..Jamal bersuara.
Jantung Adira berdetak kencang,,Adakah suaminya sudah lama
memperhatikanya,,,Dia jadi serba salah,,antara ibu dan suami..siapakah yang
harus di dahukukan,,Adira sering jadi bingung,,kebingungan itu menjadi satu
tekanan buatnya,,,Namun dia hanya mampu berdoa dan kadang kala dia hanya
menyembunyikan tangisan itu dalam hatinya,Dia tidak mahu kalau-kalau Jamal
susah hati melihat kesedihannya,,Biarlah itu menjadi rahsianya dengan Allah.
Emm..abang tak kerja ke?Abang nak minum...?Adira cepat-cepat mendapatkan
suaminya..Jamal memegang tangan Adira sambil memeluknya..Abang minta
maaf..Abang selalu marah pada ayang,,Abang lupa yang abang ada isteri yang
sangat baik...Abang janji akan selalu di sisi sayang..
Apa maksud abang?Adira semakin kurang faham.Kenapa hari ini suaminya lain
benar,,Padahal selama ini mereka sering beselisih pendapat dan selalu
bertengkar...Sofia mengintip dari jauh,,Dia agak terkejut bila melihat Jamal
pulang secara tiba-tiba..Mungkinkah ada sesuatu,,kalau begini aku harus
hati-hati...
Jamal duduk di kusyen sambil menghadap Sofia yang leka membaca majalah
wanita..Dia memehatikan susuk tubuh Sofia yang serupa tidak cukup kain itu...
Kamu tak takut azab Allah ke?Tak takut kalau tubuh kamu yang cantik ini di
bakar oleh api neraka satu persatu...Jamal bersuara.
Pak imam kalau nak berceramah,pi masjid,,duduk berceramah depan saya buat
apa..?Sofia mula melenting.
Adira keluar.Dia duduk di sebelah Jamal..Mata Sofia menjeling geram..Ada
rasa cemburu melihat kemesraan Adira dan Jamal..
Menyampah aku tengok perempuan ni..His!Sofia bersuara dalam hati.
Saya nak ingatkan kamu..Sekarang Adira sudah hamil..saya tak mahu kamu nak
mengarah kakak kamu buat kerja banyak sangat...Kamu boleh cuci kain
kan...?boleh masak kan?Saya tak mahu kamu susahkan Adira macam
kelmarin...Faham.Jamal bersuara sambil memandang mata Sofia.
Saya tak suruh ,tapi akak yang buat...Sofia bersuara perlahan.
Jangan nak bohong..saya nampak kamu buat kakak kamu ni macam orang
gaji,,susah sangat ke nak cuci kain dalam mesin basuh tu...Jamal bersuara
keras...
Dah la tu bang,,jangan marah sangat,,Lagipun Dira biasa buat kerja tu
semua...Adira memujuk Jamal...
Tak pe la Jamal..kalau susah sangat biarlah saya bawa Sofia ni
pulang..Daripada dia ganggu hidup kamu suami isteri..Maimon bersuara dari
belakang..
Mak..mak jangan pergi..Siapa kawan mak kat kampung?Adira mendapatkan Ibu
tirinya itu,.Adira bermati-matian membela ibu dan adik tirinya, namun dia tidak
menyedari niat busuk kedua mereka itu...
Biarlah mak pergi Adira..Suami kamu macam tak suka kami berada di sini..kami
kan orang miskin...Maimon bersuara lirih...
Sofia tunduk namun di bibirnya terukir senyuman yang penuh makna...
Sofia menemui Dr Malik.Aku perlu ubat yang boleh buat orang tu lemah dan
tak boleh bangun.Kalau kamu dapat bagi ubat tu,saya akan bagi separuh harta
Jamal pada kamu.
Dr Malik ketawa,,Itu senang saja..kau masukkan ubat ni dalam minuman
Jamal...Bila dia tak sedar kamu bawa dia ke hospital ini...Saya akan
menyuntiknya dengan dadah dari semasa ke semasa...
Sofia jadi gembira,,,Sedikit masa lagi kamu akan tumbang Adira...
Adira mengemas bilik tidur mereka..Ayang abang nak pergi ni...
Abang dah minum?Adira mendapatkan suaminya.
Abang dah minum sikit tadi...Jamal bersuara sambil tersenyum..Dia mencium
dahi isterinya,,Tiba-tiba kepalanya terasa berat dan pening...Akhirnya dia
jatuh pengsan.
Adira jadi panik.Abang..abng..kenapa ni.? Ya Allah abang bangun...Adira
menjerit..Tolong..mak..abang Jamal ni..
Sofiah berpura-pura panik..Dia cepat-cepat membantu Adira menganagkat Jamal
ke ruang tamu..
Adira menepuk-nepuk pipi suaminya yang tidak sedar-sedar itu.Abang bangun
bang,..Abang bangun...Adira menangis.Hatinya resah sekali..Dia tidak
henti-henti menepuk pipi suaminya.Sofia menelefon Dr malik.
Puan..sebaiknya puan hantar suami puan ni ke hospital..Saya akan menjaga
suami puan...Saya rasa sakit suami puan ini sangat merbahaya.kita harus
merawatnya dengan cepat...
Adira hanya menganguk tanda setuju...Sofiah begitu gembira,,Nampaknya
rancanganya berjalan begitu lancar sekali...Sekarang tidak perlulah lagi dia
meng ugut ibunya..Tidak lama lagi rumah
besar ini akan jadi miliknya...Aku akan jadi wanita yang terkaya di bandar
ini..Sofiah mula memasang angan-angan...
Adira mundar mandir..Dia tidak dapat duduk dengan tenang...Datin Farida dan
Tuan Halim juga resah..Tidak lama kemudian Dr malik keluar.
Alhamdulilah...Jamal dah sedar..tapi saya ada sesuatu nak bagi tahu...Jamal
telah minum air yang bercampur dengan dadah..sebab itulah dia pengsan,,dan
jumlah dadah pada badannya juga sudah banya dan tak terkawal..Jamal terpaksa
kami tahan untuk pemeriksaan yang lanjut...
Semua yang datang itu terkejut.Adira juga agak terkejut...Ya Allah musibah
apakah yang datang pada ku ini lagi...mana mungkin aku mahu membunuh suamiku...
Demi Allah mak..saya tak tahu pasal dadah tu mak..Saya tak masukkan apa-apa
dalam minuman abang Jamal...
Kalau bukan kamu ,siapa yang buat,,bukankah kamu yang membuatkan minuman
untuk suami kamu..Kamu jahat ya...Sekarang keluar kamu dari rumah ini,,saya tak
mahu ada menantu yang mahu membunuh anak saya..Datin Farida bersuara sambil
mengheret Adira keluar.
Ampun mak..Dira berani bersumpah...Dira tak berani nak bunuh abang
Jamal,,Dira sayangkan suami Dira,,percayalah pada Dira mak....Adira memaut kaki
mentuanya...
Abah percayalah pada Adira abah..Adira tak buat semua tu..Demi Allah
abah,,,,Adira menangis dan merayu di hadapan kedua mentuanya..
Kau pergilah Adira,,jangan sesekali kamu datang temui Jamal lagi..Ingat
saya benci kamu..pembunuh....Datin Faridah bersuara keras...
Tuan Halim jadi serba salah...Dia juga jadi keliru...Meskipun dia kesihan
melihat menantunya yang sarat itu di halau tapi dia tidak dapat berkata
apa-apa.Entah apakah benar Adira mahu membunuh suaminya?Tuan Halim hanya
menarik nafas berat....
Adira berjalan mencari tempat berlindung...Panas cuaca sangat
menduganya..Ibu dan adik tirinya telah pergi meningalkanya sebelum dia di usir
dari rumah suaminya.Dia sudah mencari di merata tempat namun tidak di temukan.
Jamal membuka matanya...Dia melihat ramai orang
yang mengelilinginya...Datin Faridah memeluk Jamal..Syukur alhamdulilah..kamu
dah sedar anakku...Jamal masih bingung..Dia mencari seseorang...Mana Adira
mak...?
Datin Faridah bersuara...Mal kena berehat
dulu...Adira ada kat rumah..dia tak berapa sihat..Tuan Halim hanya mendiam kan
diri,,dia melihat wajah isterinya yang berbohong dengan anak mereka...Datin
Faridah hanya melihatnya sambil lewa,,Baginya itulah yang terbaik untuk anak
mereka...Lagipun Adira bukanlah menantu pilihanya...Tapi demi kebahagiaan Jamal
dia terpaksa akur...Mulai dari detik ini Jamal harus tahu siapa isterinya yang
sebenar...Jamal harus menceraikan Adira sebelum perempuan gelandangan itu
membunuhnya....
Adira menekan perutnya..dia begitu lapar
sekali...Ya Allah berikan aku kekuatan,,,aku harus kuat...Adira membuka paip
air lalau meminumnya ...Bismillahiroman irohim...Dengan nama Allah yang maha
pengasih dan penyayang,,,,
Awak tentu lapar kan...Tiba-tiba datang suara
dari belakang,,Seorang gadis seusianya memberikan bungkusan kfc padanya,,,,
Adira agak kehairanan...Siapa kamu?
Aku Saffiah...Dia menghulur tangan.Adira
teragak-agak...Janganlah takut,,aku tak makan orang lah..
Aku Adira...mereka bersalaman...Mereka duduk di
bawah pokok berhampiran taman bunga...
Aku adalah seorang isteri dari orang
miskin...Suami aku amat sayangkan aku..sampai-sampai dia cacat semata-mata
mencari sesuap nasi untuk aku...tapi aku tak sanggup melihat dia susah untuk
aku...aku tinggalkan dia kerana aku tidak sanggup melihat pengorbanan dia buat
aku...
Adira jadi hairan..Maksud kamu..kamu lari dari
rumah?
Ya...kerana suami aku yang tak boleh berjalan itu
tidak pernah berhenti melakukan kerja berat semata-mata untuk menghidupkan
aku...
Derhaka kamu dengan suami kamu...Kamu tak boleh
meningalkan rumah tanpa izinnya...meski apa yang kamu lakukan untuk dia itu
benar tapi dia masih suami kamu...syurga kamu ada di tapak kakinya,,,Adira
berkata.
Dan kamu bagaimana..kenapa kamu keluar rumah
dalam keadaan kamu macam ni?Saffiah bertanya.
Aku di fitanah membunuh suamiku sendiri,,Mana
mungkin aku membunuh suamiku...Aku sanggup berkorban apa saja untuknya...Dan
aku di halau dari rumah yang diamanahkan oleh suamiku...Adira bersuara sambil
menitiskan airmatanya...
Bagaimana ciri-ciri suamimu...?Tanya Saffiah.
Suamiku adalah lelaki yang paling baik ,,dia
selalu mengajarku jadi wanita yang soleh...Dia selalu berpesan kalau hati aku
susah berzikirlah pada Allah,,kalau aku sakit...berdoalah pada yang menciptakan
manusia...dan Allah akan merindukan setiap doa hambanya,,,
Saffiah ketawa..Kamu sungguh bertuah,,,kalau aku
di didik dengan wang ringgit dan harta,,,,Kerana terlalu susah suami dan ibu
mentua aku akan melakukan apa saja untuk jadi kaya...meskipun akan menyakiti
orang lain...Aku bukan mahu hidup begitu,,,Saffiah berkata...
Entah lah..pelik kan hidup ni..bila kebahagiaan
itu jadi milik kita,ada yang memisahkan kita...tapi bila kita ingin lari dari
sebuah kehidupan yang kita tidak mahu,kita seakan2 di ikat dengan begitu
kuat...Adira bersuara..
Mungkin takdir ingin ki kembali untuk membetulkan
keadaan..Tuhan telah menguji hambanya ,menguji kesabarannya ,menguji kesetiaan
seorang isteri itu,,,Apakah kita harus kembali kepada suami kita untuk membantu
mereka...atau...
Saffiah dan Adira berpandangan...kita rehat di
sini dulu..esok kita akan pergi kembali pada mereka...Saffiah bersuara.
Mungkin kamu benar Saffiah,,aku tak boleh
diam..aku harus menyelamatkan rumahtanggaku,,,biar apa berlaku aku harus
kembali pada abang Jamal..
Pagi itu Adira membawa perutnya yang besar
memboyot menuju ke hospital di mana Jamal di tahan.Adira menghendap di
jandela...Adira menuju ke arah pengawal keselamatan...
Maaf cik..aku teman Jamal..aku harus memberi
sesuatu padanya atas arahan Datin Faridah,,,Adira terpaksa menipu agar dia
dapat menemui suaminya.Hajatnya untuk
menemui suaminya tercapai..Jamal kelihatan sangat lemah..Dadah yang di masukkan
ke tubuhnya membuat dia tidak berdaya...
Abang....Ya Allah..kenapa jadi begini
abang...?Adira memeluk tubuh Jamal yang kaku..Matanya hanya melihat sosok
isterinya yang sarat mengandung..
Sayang..kamu tinggal di mana..?Betul kah mak dah
halau sayang dari rumah kita...
Abang mak tak halau Dira,,mak yang jaga Dira..Mak
abang baik...Abang janganlah risau ...Dira janji akan bawa abang pulang...Dira
janji...
Tiba-tiba kedengaran suara tapak kaki.Abang Dira
akan datang lagi...Adira mencium pipi Jamal dan tangan suaminya..Dia
tergesa-gesa untuk keluar dari bilik Jamal...
Adira...Adira....
Adira berlari dan bersembunyi diluar bilik
Jamal..Dr . Malik masuk dan menyuntik tubuh Jamal.Adira agak hairan kenapa
keadaan suaminya bertambah teruk..Apakah ubat yang di beri oleh mereka...Adira
menutup mukanya dengan hijab dan menutupi wajahnya...Adira terhenti bila
melihat Sofiah datang menemui Dr. Malik.
So macam mana?Bila awak nak bagi saham tu pada
saya...Awak dah urus ke semua tu,,kan kita dah dapat tandatangan dia?
Awak jangalah bimbang...Saya akan tunaikan janji
saya..cuma tunggu sedikit masa lagi akan selesai...Sofiah berkata sambil
tersenyum...
Malam ni awak tidur rumah saya yee,,saya rindu
sangat dengan awak...Dr Malik meraih pinggang Sofiah yang tergedik-gedik manja,
Astagfirulllah..rupa-rupanya,semua itu rancangan
mereka...Ya Allah ampuni dosa adiku Ya Allah....Adira mengurut dadanya...Dia
hampir mahu terduduk melihat adiknya sudah dibelai mesra oleh lelaki yang bukan
muhrimnya...Boleh-boleh saja lelaki keparat itu menyentuh seluruh tubuh
adiknnya tanpa segan silu dan malu pada Allah.
Ini apa sayang...?Sofiah bersuara.
Inilah senjata kita yang terakhir...Selepas kau
nikah dengan Jamal ubat ini akan sedikit demi sedikit membunuh bakal suamimu
yang bodoh itu...Dr Malik bersuara.
Sofiah ketawa ...Akhirnya aku memiliki semua yang
pernah di miliki oleh saudara tiriku yang bodoh itu...Kita akan kaya....dan
hari pertama yang aku mahu pergi adalah negara yang penuh dengan salji...bagaikan
winter sonata,,ahhh........bahagianya.....Sofiah mendepakan tanganya sambil
menari berpusing-pusing....
Kalau kita dapat bukan saja ke negara salju ke
hujung dunia pun aku akan bawa kau,,kau sangat pintar,,tu aku sayang pada
kau...Mereka ketawa sangat gembira.Adira menangis sambil melihat keadaan
suaminya yang sudah sekarat..Aku janji..Demi kasihku pada abang aku akan
berjuang untuk meyelamatkan abang..Demi Tuhan..Aku janji....
Sembilan bulan Adira bertarung hidup dalam
kesengsaraan,,,Nasibnya agak baik bila dia di teriama berkerja di sebuah
restoran sebagai tukang cuci piring…Bukan semua hamba Allah itu kejam,,tapi ada
juga insan yang berhati emas yang sentiasa menjadi kekutan wanita itu untuk
menguras tenaganya,demi untuk meneruskan kelangsungan hidup…
Hajah halimah seorang janda yang hidup mewah
berhati mulia mengambilnya berkerja di restorannya yang ada di pekan
itu…Sejujurnya dia hanya mahu Adira mejadi pelayan sahaja..tapi atas permintaan
Adira,,dia bersetuju untuk meletakkan Adira di bahagian belakang…Dia begitu
simpati melihat keadaan Adira yang sarat…tapi dia juga kagum melihat semangat
wanita seperti Adira yang tidak pernah takut pada penat dan lelah…
Abang…bangunlah abang…sudah terlalu lama Dira
tidak memeluk abang..Dira rindu…Air mata Adira mengalir…tangannya menggengam
tangan suaminya yang terkumat kamit…tubuh Jamal yang sangat lemah itu tidak
mampu mengeluarkan suara..matanya begitu berat untuk dibuka…
Abang…Ini dira bang,,anak kita akan lahir tak
lama lagi…Adira meletakkan tangan jamal ke perutnya yang buncit,,,Kalau abang
sembuh nanti,,kita akan sama-sama cari nama yang cantik utuk anak kita ya
bang,,,
Perlahan-lahan tangan jamal mengusap perut
Adira..Kesihan kamu wahai isteriku…Kamu sangat menderita..maafkan aku
sayang,,,maafkan aku sayang….
Hei! Siapa kamu..tiba-tiba ada suara keras yang
menjerit dari belakang…Tudung yang menutupi mukanya di buka kasar..
Kau!!!!!!!!!!!!! Sofia agak terkejut bila melihat
Adira yang datang menemui Jamal..Berani kau datang di sini ya…Hei..pembunuh..kau
harus bersyukur tak hidup dalam lokap…keluar kau dari sini..
Maafkan aku Sofia..tapi aku tak bunuh suami
aku..dan satu hal yang kau harus tahu,,aku sudah tahu rancangan kau…jangan
harap aku akan tinggal diam..perlahan-lahan rancangan busuk kamu akan terbongkar…
Sofia mengangkat tangannya..cepat-cepat Adira
menangkap tangan Sofia dan mencengkamnya sekuat hati,,Aku boleh sabar dengan
semua apa yang kau lakukan pada aku,,tapi tidak untuk suamiku,,Aku akan buat
apa saja asal aku dapat menyelamatkan suamiku,,,
Semakin lama cengkaman tangan Adira semakin kuat,,dia
tidak dapat mengawal kemarahannya,,,Sofia meronta-ronta kesakitan..
Tolong,,,tolong..Perempuan ni nak bunuh
saya..Sofia menjerit kuat..beberapa orang kakitangan hospital meleraikan
mereka..Adira jatuh pengsan bila tangan mereka di leraikan…
Jururawat yang ada di situ mengangkat
Adira,,,Mereka berusaha menyedarkan Adira…Tiba-tiba darah mula mengalir dari
kaki Adira,,,Anaknya akan lahir sebentar lagi..Cepat-cepat jururawat dan doktor
memberi rawatan pada Adira…
Sofia yang ketakutan berlari ke ruangan Dr
malik…Dia jadi ketakutan…
Dr Malik mendapatkan Sofia yang kelihatan cemas
itu..Kita harus pindahkan Jamal dari sini..Adira sudah tahu rancangan
aku..Adira akan buat semua rancangan aku kacau..apa harus aku buat…?
Tenang sayang,,kamu duduk dulu…Aku akan bantu kau
supaya cepat-cepat menikahi Jamal…Dan selama kamu jadi isteri jamal..sedikit
demi sedikit hartanya akan jatuh ke tangan kamu…Dr kamil bersuara,,,
Tapi macam mana..Jamal tak akan menikahi aku…Dia
sangat cintakan Adira..Sofia bersuara nada kesal…
Aku akan buat Datin Faridah terpaksa menikahkan
kau dengan Jamal..Mahu tidak mahu Jamal akan patuh pada ibunya…setelah habis
semua harta mereka ,kita akan meningalkan negara ini dan kita akan mulakan
hidup baru di Amerika..
Sofia tersenyum,,Akhirnya Dr malik benar-benar
mahu membantunya..Asal kamu tahu saja doktor bodoh…aku tidak akan beri sesen
pun harta Jamal pada kamu,,,aku hanya memanafaatkan kebijaksanaan kamu untuk
mencapai keinginanku…Sofia bersuara dalam hati.
Datin Faridah jadi bingung,,Kos hospital untuk
memulihkan jamal sangat tinggi,,,Kalau dia di rumah siapa yang akan menguruskan
dia,,,
Datin Faridah baru teringatkan Sofia,,Ya,,hanya
Sofia satu2nya yang akan membantunya untuk menjaga Jamal…Lagipun Sofia juga
bersetuju sanggup menikahi Jamal demi menebus dosa kakaknya yang cuba membunuh
suaminya sendiri..Bagus..Sofia sanggup berkorban demi Adira..Sedangkan Adira
menghilang entah ke mana…
Adira membuka matanya..Tubuhnya sakit bukan
kepalang…Jangan kamu bangun dulu nak..Syukur tuhan selamatkan kamu,,,Perlahan-lahan
Adira membuka ,matanya…Dia melihat seorang perempuan tua dan anak perawan
dihadapanya,,,
Di mana aku??
Mak saya jumpa kamu di dalam karung tempat
pembuangan sampah..Dua hari kamu tak sedarkan diri..
Anak aku,,anak aku di mana?
Kami hanya jumpa kamu..tapi anak kamu tiada…tapi
bersyukurlah kamu sudah selamat,,kamu makan lah dulu…nanti kamu rehat..kalau
kamu sudah sembuh baru kita cerita lagi ya…Perempuan tua itu bersuara lalu
membawa dulang keluar,,,
Sofia,,abang nak minum,,abang haus,,,Jamal cuba
bangun,,Namun badannya terlalu lemah..Akhirnya dia jatuh ke lantai…
Wahai isteriku Adira,,kamu di mana..apa khabarmu
dan anak kita…pulanglah sayang,,abang perlukan kamu di sini…
Sofia masuk ke dalam bilik Jamal…Aku bawa nasi
nasi bungkus dan air botol besar untuk kau makan malam ni,,jangan tunggu aku
pulang…tu ubat jangan tak makan,,faham..Sofiah melontar makanan ke ribaan
suaminya..
Tolonglah bantu aku naik ke katil..
Kau buang tebiat ka apa ha?kau harus bersyukur
tau ..sebab aku ambil kau jadi suami aku,,siapa yang mahu kahwin dengan lelaki
berpenyakit macam kau ni..nak urus diri pun susah..
Kamu jangan sombong..aku tak izin kamu keluar
malam ni…aku ni suami kamu…Jamal bersuara…
Aku hanya nikah duit kamu,,bukan kamu jamal…Kesihan
kakak saya kan,,entah hidup entah mati…
Kau memang sudah gila…sanggup kamu bunuh kakak
kamu demi harta,,Sedarlah Sofia,,Mohon ampun pada tuhan..
Aaa..pergi mampus kamu dengan khutbah kau tu,,aku
sudah muak dengar semua tu,,Sofia berlalu sambil menghempas daun pintu..Dia
mengunci suaminya dari luar,,,
Jamal berusaha untuk bangun,,Dengan sedikit
kekuatan dia berusaha untuk naik ke katil..tapi sia-sia..Ah,,biarlah aku tidur
di lantai saja malam ni…Tangan Jamal yang terketar-ketar menyuap nasi ke
mulut,,Seharian dia bertahan lapar..
Aku harus kuat,,mungkin ubat ini mengandung
dadah..Aku harus buang semua ubat ini dan melawan ketagihan aku,,Ya Allah,,beri
aku kekuatan…Ampuni dosa-dosaku ya Allah,,Kau peliharalah isteriku yang ada di alam
sana ya Allah,,,Jamal bersuara di dalam hati…
Sampai bila aku harus bertahan,,kenapa proses
pindah milik tu lambat mahu selesai..aku sudah tidak sabar mahu bebas,,aku
bosan melayan lelaki tak guna tu…Sofia memberontak kasar..
Dr malik menarik selimut putih yang menutupi
tubuh mereka yang telanjang itu..Dia memeluk Tubuh Sofia tanpa segan
silu..Meskipun di hadapanya itu adalah isteri orang tapi baginya Sofia adalah
sama saja dengan wanita wanita liar yang pernah di tidurinya,,,Baginya dosa itu
akan di tanggung kemudian kenikmatan dunia itu lebih utama..
Kamu sabar ya sayang,,dua minggu lagi semua kan
selesai,,,Jadi kamu tak perlulah risau pasal tu,,semua tu saya dah urus…Dr
malik bersuara..
Sayang janganlah risau,,saya tak mahu ayang
rosakkan malam indah kita berdua ni,,saya nak menikmatinya bersama kamu
sayang,,,,Dr Malik bersuara lirih,,Sambil tangannya yang gopoh menelusuri
lekok-lekok yang membangkitkan ghirah si wanita penzina itu,,,Syitan terus
bertepuk sorak gembira melihat keasyikan dua manusia yang berada di puncak
asmara itu,,,Sesekali anak iblis itu mencelah maka bertambah keasyikan yang tak
terbanding…yang perkiraanya akan terbangkit di akhirat nanti…
Datin Faridah mengetuk daun pintu..Namun tidak
siapa yang menjawab…Datin Faridah menghubungi telefon Sofiah namun tak di
jawab,,Datin Faridah mula mensyaki sesuatu..
Hello Azman,,datang sini kejap..kat rumah adik
kamu Jamal..mak tungu kamu sini..Datin menghubungi Azman anak tuanya…
Berkali-kali pintu di ketuk,,tapi tiada yang
menjawab…Azman ke belakang stor tiba-tiba dia mendengar suara seeorang yang
sedang memanggil..Sofia..kau ka tu Sofia..tolong abang Sofia,,,,
Azman membuka pintu,,ternyata pintu itu
terkunci,,Azman menendang pintu stor itu sekuat hati,,,Datin Faridah berkejar
ke ruang belakang,,Alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan Jamal yang sudah
tidak terurus,,
Astagfirulla anakku Jamal…Datin Faridah
mendapatkan anaknya yang terbaring lesu…Keadaan Jamal teruk sekali..tempat
tidurnya berbau busuk,,sisa sisa nasi bungkus dan air mineral bertabur sana
sini,,,tidak ubah seperti kandang binatang,,,
Datin Faridah menangis,,Ya Allah kenapa begini
malang nasibmu anakku…Mana Sofia…
Jamal hanya mengelengkan kepalanya,,Angkat adik
ke kereta,,mama nak hantar adik ke hospital untuk check up…
Azman mengangkat Jamal ke kereta,,mereka
menghantar Jamal ke hospital…
Datin,,anak datin tidak sakit,,tapi dia di suntik
dengan sejenis ubat yabg boleh membuat tenaga orang tu tidak berdaya,,ia
sejenis dadah,,,
Apa..selama ni dia di suntik dengan dadah..?Datin
Faridah terkejut hairan…
Selama ni Jamal dirawat oleh Dr Malik…Ya Dr
Malik…Tapi mustahil Dr Malik boleh melakukan itu semua,,itu akan melanggar
etika sebagai sebagai seorang doktor..
Hamdan,,aku mahu kamu siasat pasal Dr
Malik..Kalau boleh saya mahu kamu bawa dia jumpa saya..Datin Faridah memberi
arahan kepada pengawal peribadi mereka..
Dan jangan lupa cari tahu di mana Adira
sekarang..Adakah dia masih hidup atau kalau dia sudah meninggal cari tahu di
mana kuburnya..
Baik lah Datin,,kami akan berusaha mencari
mereka…Hamdan memberi isyarat kepada anak buahnya untuk memulakan pencarian…
Tidak lama kemudian datang beberapa orang datang
ke rumah Datin Faridah,,Assalamualaikum Datin..Kami dari bank,,,kami di
fahamkan Sofia telah mengeluarkan semua aset harta yang dimiliki oleh Jamal dan
telah dipindah milik pagi tadi,,Kami datang hanya untuk meminta pengesahan
tandatangan dari encik jamal…
Datin Faridah terkejut…Apa semua ni…Jamal masih
sakit..bagaimana boleh di pindah milik tanpa persetujuan Jamal..
Maafkan kami Datin..Tapi dari hasil penelitian
kami ini adalah cap jari asli Encik Jamal..Masalahnya sebahagian rumah Jamal
telah di sita oleh bank berikutan Puan Sofia telah mengunakan wang yang
berlebihan…
Datin Faridah terduduk di sofa,,,Datuk Halim
mengerutkan keningnya,,,Jamal menarik nafas dalam..Ya Allah..musibah apakah
yang menimpa ini,,ampunkan dosaku Ya Allah…Kalaulah Adira ada di sisinya pasti
dia tidak sengsara seperti ini…
Saat ini timbul rasa sesal yang sangat dalam,saat
dia menghalau Adira dari rumah mereka..Gara-gara tipu muslihat Sofia yang
terlalu licik memperbodohkan mereka ,akhirnya Jamal yang menangung akibatnya…
Ya Allah,,aku berdosa padamu…Sesugguhnya aku
terlalu sombong dan khilaf…Ampuni aku Ya Allah,,,Air matanya mengalir
perlahan…Tangannya mengusap kepala Jamal yang masih membisu…Maafkan mama
Jamal,,Mama salah..Mama selalu menyakiti hati isterimu..Mama lah yang menghalau
isterimu dari rumah…Mama tak tahu..Sofia yang telah merancang sesuatu yang
jahat untuk kamu…
Sudah lah ma…Ini takdir Jamal..Tapi Jamal
yakin,,Adira masih hidup,,,Jamal dapat rasakan dia selalu dekat dengan Jamal
mak…Jamal bersuara sambil memeluk ibunya…Datuk Halim memegang tangan Jamal dan
Datin Faridah,,Abah akan cari Adira..kami janji akan kembalikan Adira pada
kamu…Abah dah kerahkan orang-orang abah untuk cari isteri kamu…
Terima kasih abah mak..Adira tak salah,,Jamal
sudah tahu semua rancangan Sofia..Syukurlah saya dah dapat kawal diri sekarang,,Semua
ubat yang Sofia beri saya buang..Saya sengaja buat dia fikir yang saya sakit
kerana ingin tahu apa rancangan mereka.
Kalau saya dah sembuh sepenuhnya saya nak cari
Adira..Jamal bersuara…
Datin Faridah menangguk..Ya nak..mudah mudahan
Adira selamat…
Cuaca begitu panas,,Jamal memberhentikan
keretanya di bahu jalan..Sofia dan Dr Malik masih belum di
temui…Assalamualaikum…Tiba-tiba eorang wanita yang berpudra medatanginya..
Jamal segera membuka cermin keretanya..Dia agak
tertegun dengan pandangan mata wanita itu,,meskipun dia tidak dapat melihat
wajah wanita itu tapi lirikan mata itu serupa mata isterinya Adira.
Astagfirullah ad azim,,Cepat-cepat Jamal
beristigfar…
Saya mahu tumpang..Dari tadi saya tunngu..tapi
tiada kereta datang..Saya mahu ke bandar…
O kebetulan saya nak ke bandar..Awak masuk
lah..Kata Jamal..Wanita itu hanya membisu sepanjang perjalanan…
Awak tinggal di sana ke? Tanya Jamal
Wanita itu mengangguk…
Dengan siapa..tempat tu terpencil..tak takut ke?
Saya hanya takut pada Allah…Wanita itu bersuara
perlahan,,,
Jamal mengamati suara itu..Apakah kamu
Adira..hati kecinya bersuara…
Saya Hayati…Terima kasih kerana menumpangkan saya
samapi di sini,,Semoga Allah menjaga dirimu…Perempuan itu terus berlalu tanpa
melihat ke belakang,,
Jamal masih tertanya-tanya..Dia cuba menyelidik
siapa wanita itu…Ternyata wanita itu berkerja sebagai pembantu pegawai disebuah
bank swasta..
Awak ikut saya ke?Jamal terkejut bila di sergah
dari belakang…
Hayati..awak…Jamal teragak-agak…
Marilah ikut saya..Hayati menarik tangan Jamal
..Dia membawa Jamal ke sebuah bilik kosong..Jamal terpinga-pinga..
Perlahan-lahan Hayati memeluk tubuh Jamal..Jamal
menolak Hayati sampai jatuh ke lantai..
Apa awak buat ha..awak tahu ka,apa awak buat ni
satu dosa…haram tahu!..Jamal bersuara.
Perlahan-lahan Hayati membuka penutup
mukanya..Aku Adira,,isteri abang…
Ya Allah..Adira..apa benar kamu Adira….Jamal
mendekati wanita itu…
Abang ingat tak rantai ni,,,Ni saja satu-satunya
harta yang dapat Dira bawa untuk mengingati abang..Adira tak punya apa-apa
selain ini bang..
Jamal tidak dapat menahan sebak di hatinya..Dia
memeluk Adira seerat-eratnya…Pulanglah dengan abang,,Abang rindukan
sayang,,Bertahun abang mencari ayang tapi tak jumpa..
Adira menceritakan semua yang terjadi
padanya,,,Maafkan Dira abang,,Dira tak mampu menjaga anak abang,,Ampunkan Dira…
Semua ini takdir kita Dira…Allah menguji
kesetiaan kita..Allah menguji hambanya agar selalu beringat akan
keujudanya…Jamal memeluk Adira..
Maafkan Dira bang,,Dira tak boleh pulang
sekarang..Sofia sedang mencari Dira,,Selagi kita tak menangkap mereka,,kita
semua akan dalam bahaya…Dira menyamar jadi hayati untuk mendapatkan kembali
semua harta abang…
Biarkan semua tu Dira..Abang pun tak mahu semua
tu,,abang Cuma kamu balik dengan abang….Jamal masih memeluk isterinya…
Sekali lagi Dira minta maaf..Tugas Dira belum
selesai,,Dira Janji akan pulang bila semuanya akan jadi baik.
Tok! Tok! Tok! Kedengaran pintu di ketuk…Cik
Hayati,,ada orang yang nak berjumpa dengan cik,,dia tunggu di luar…
Cepat-cepat Adira menutup mukanya…Abang balik
dulu,,nanti Dira jumpa abang lagi…jangan selalu jumpa Dira ..nanti abang dalam
bahaya…
Sofia
mundar mandir di ruang tamu,,Dia jadi bingung,,kenapa transaksi untuk
pertukaran nama itu jadi berubah,,Apakah yang sedang terjadi..Apakah
rancangannya gagal..Tidak,,aku tak boleh gagal..Semua harta Jamal akan jatuh ke
tangan aku..Aku harus lakukan itu,,Tapi bagaimana aku keluar,,Polis sedang
mencari aku..Anak buah Datin Faridah tak akan tinggal diam..Apa lagi sekarang
Jamal sudah sembuh..Sial !Kalau saja aku tidak lalai pasti semua akan berjalan
lancar,,Dr Malik pula entah ke mana..Dia sudah melarikan separuh dari wang
aku…Arghhhhhh!!!!!!!!!! Kacau semuanya…Sofia menghempas gelas yang berisi
minuman keras di dalamnya…Namun resahnya tidak juga hilang,,,
Assalamualaikum….
Sofia terperanjat..Di hadapannya seorang wanita
yang bertudung labuh dengan menutup mukanya dengan kain hitam…Dia melihat mata
wanita itu,,Seakan-akan dia mengenali suara itu….
Apa khabarmu saudaraku…Aku terlalu merindui kamu…
Sofia agak terkejut,,A..A..A..Adira..Bukankah kau
sudah mati,,,,!!!!!!!
Saudaraku,,aku membawamu dalam hidup yang sangat
bahagia,,tapi sayangnya kau menghancurkan aku dan seluruh
rumahtanggaku..layakkah kau ku beri peluang..Kau membunuh aku dan anakku..dan
hampir-hampir membunuh suami ku…Dan hari ini aku datang untuk membunuh manusia
sepertimu….Sepucuk pistol di acukan ke arah Sofia…
Jangan Adira,,istigfar nak,,jangan bunuh
adikmu,,,tolonglah kamu jangan begini,,kasihani lah mak…..
Aku susah mak..aku menderita sebab seorang adik
yang tak tahu erti kasih sayang,,,manusia tamak yang tak tahu terima
kasih,,,ini hukuman manusia jahil sepertimu…..Adira sudah hilang
kawalan..Segala kemarahannya terlempias dalam keadaan yang tidak sedar,,Syaitan
terus membisikkan sesuatu agar terjadinya pertumpahan darah…
Jamal mencari Adira di pejabatnya,,,Maaf
dik,,boleh tanya,,Hayati mana?
Oh, katanya dia outstation..!Dia mahu pulang ke
rumah maknya..nak jumpa Sofia katanya…Roslin selaku kerani itu menjawab.
Adira pulang kampung,,Bermakna itu bukan petanda
baik untuknya,,Adira pasti dalam bahaya,,,Cepat-cepat Jamal berlari ke arah
keretanya…
Mak hantar orang ke rumah Sofia..Jamal dalam
kesusahan ni..Jamal menelefon ibunya..Datin Faridah mengarahkan orang-orangnya
mengikuti Jamal,,Sementara dia ke balai polis,,,
Suasana kelihatan sangat tegang..Adira sudah
tidak terkawal lagi,,Mereka bergelut...Akhirnya Adira mendapatkan kembali pistol
itu…
Mana anak aku…Mana kau buang anak aku…!!!!!!!!!!
Adira menjerit kuat…
Jamal tiba tepat pada
masanya…Sayang…Astagfirullah..ayang,,istigfar sayang,,jangan buat macam ni…
Dia bunuh anak kita bang,,perempuan ini
kejam,,Dia rampas semua hak Dira..Perempuan ni harus di bunuh!!!!!!!!!!
Sabar Adira,,,Sabar sayang,,maafkan lah
dia,,ingatlah Allah..dia maha mengetahui dan maha menghukum..bukan kita
sayang..kita hanya hamba yang lemah,,ada kesilapan,,Jamal bersuara,,,
Polis datang bersama ibi dan bapa Jamal,,Suasana
sangat tegang,,Meskipun ramai yag datang melihat tapi tiada siapa yang berani
mendekat,,Adira akan mengacukan pistol pada siapa saja yang mendekatinya…
Jamal mengambil air…Dia membacakan surah An-nas dan ayat kursi..air itu disiramkan ke muka
Adira…..
Adira sedar dari marahnya…Cepat-cepat Jamal
menyentap pistol dari tangan Adira..Sofia berusaha untuk lari tapi di tangakap
oleh polis…
Sofia pengsan tidak sedarkan diri,,Dia tiba-tiba
pitam…Jamal menyambutnya sambil mengangkatnya di kusyen,,,
Maafkan mama Dira..mama salah…Mama kejam
denganmu….Mak Mona menangis sambil mengusap kepala Adira…
Adira membuka matanya perlahan-lahan,,Dia melihat
wajah suaminya yang tersenyum melihatnya,,,Jamal memeluk isterinya..Semuanya
sudah berakhir sayang…Kita akan membina hidup baru,,,
Tapi anak kita,,,Adira bersuara lirih…
Anak kau masih hidup Dira,,,masa ka melahirkan
anak ada seorang perempuan yang melahirkan anak,,tetapi anaknya sudah meninggal…mama
tukar bayi kamu demi menyelamatkan dia dari di bunuh oleh adikmu…Belum pun
sempat mama selamatkan kau,mereka sudah membawamu pergi., entah ke mana…
Apa anak Dira masih hidup,,,Adira agak
terkejut,,Subahanallah,,terima kasih Ya Allah,,,kau telah mengaturkan kejadian
ini dengan pelbagai hikmah…Syukur Ya Allah…Adira memeluk erat suaminya..
Anak kita masih hidup bang,,Anak kita masih
hidup..Adira menyapu air matanya…Terima kasih mak..mak tak salah…Mak adalah
syurga buat Dira,,Dira tak punya siapa-siapa melainkan mak dan Abang Jamal…
Jamal membawa seorang budak perempuan yang
berumur 7 tahun,,,Ini anak kita sayang,,ini ibu bapa yang memelihara anak kita
sampai sebesar ini…
Ya Allah anakku!!!!Adira memeluk anak itu
seerat-eratnya…Mama rindu kamu,,,,
Mereka telah sepakat untuk menjaga nur adha
khalesha….Dia menjadi seorang gadis yang cantik tegar dan pintar serupa
ibunya….Datin Faridah dan Dato Halim turun merasa gembira..tambah-tambah lagi Adira
bakal melahirkan seorang cucu buat mereka…
Sementara Sofia terpaksa menjalani hukuman
penjara seumur hidup atas kesalahan yang di lakukannya,,,Dr Malik juga telah di
temui mati bersama pasangannya ketika dia memandu dalam keadaan mabuk…
Tuhan sentiasa membayar semua keburukan mahupun
kebaikan yang di lakukan oleh umat manusia,,Sedar tak sedar masa dan hari itu
sering berganti dan amalan manusia itu semaki kurang…untuk mengejar harta dan
kemewahan akhirnya manusia itu jadi alpa akan tugasnya sebagai kahlifah di muka
bumi ini….
[HARGAILAH PERNIKAHANMU KERANA KAMU SUDAH
MENDAPAT SEBUAH CINTA YANG NYATA DAN JELAS,,,ANDAI KAMU MENYIAKANYA MAKA KAMU
ADALAH MANUSIA YANG SANGAT RUGI…KERANA CINTA KEDUA ,,KETIGA DAN KEEMPAT AKAN
MENJAHANAMKAN SELURUH KEHIDUPANMU]
WRITTEN BY
SINYORITA HALENA@ABSAH MIN[3774]