Selasa, 17 Disember 2013

ERTI SEBUAH PERKAHWINAN




                                  ERTI SEBUAH PERNIKAHAN...

      
  
Assalamualaikum....Dada Adira berdebar-debar..Suara Jamal membuatnya semakin mengeletar..Malam ini adalah malam pertama dia bergelar sebagai seorang isteri buat seorang lelaki yang di cintainya...Tapi entah mengapa seluruh tubuhnya mengeletar..Jantungnya berdegup kencang saat jamal memegang erat tangannya..Tenanglah sayang..malam ni adalah malam yang terindah buat kita..kalau sayang belum bersedia ,abang sedia menunggu sayang...Jamal tersenyum sambil memeluk Adira yang masih membisu.
Sayang kita solat berjemaah dulu...Kita ucap syukur pada tuhan kerana menyatukan cinta kita...
Adira menangguk..Perlahan-lahan dia membuka baju pengantinnya...tudung yang menutupi mahkota yang di milikinya di buka di hadapan suami tercinta...Jamal melihatnya tanpa berkedip...Serasa Tuhan telah menghadirkan bidadari dari syurga buatnya...
Abang..marilah kita mengambil wuduk..Kata nak solat...
Jamal terketawa...dia di tawan dengan keindahan yang ada pada isterinya...Mereka menunaikan solat bersama dan berdoa semoga jodoh mereka di restui oleh Allah..
Pelukan hangat jamal merobohkan benteng ketakutan dalam menjalani bahtera asmara buat dua pengantin baru itu..Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri..maka dengan itu malam itu adalah malam dimana seorang gadis itu menyerahkan cintanya..tubuhnya ..hatinya..dan jiwanya pada seorang lelaki yang bergelar suami..Dalam keasyikan memadu asmara..di hati kecil Adira ada doa yang mengharapkan agar cinta suci ini tidak akan dikhianati...Jamal melalui detik-detik yang terindah bersama bidadari pilihan hatinya...Perlahan-lahan dia merasa begitu bahagia dan dia telah lupa pada semua kisah pahit yang pernah di alaminya.
Selamat pengantin baru bos...
Jamal ketawa gembira...Lambat datang hari ni bos..ehem...Staf bawahan cuba mengusiknya.Jamal hanya tersenyum malu bila di usik oleh teman dan pekerjanya...Namun senyuman nya tidak pernah lekang dari bibirnya...Dia mengambil telefon...Sayang,,abang dah sampai pejabat ni...ayang buat apa tu...?
Baru habis cuci kain ni bang..abang dah sampai ya,,?Tengah hari ni balik makan ya...nanti saya masak ikan masak merah kegemaran abang tu...
Emm..ya la..Abang mesti balik  makan..abang rindu dengan sayang...Jaga diri ya..nanti tengah hari kita jumpa..bye sayang..muah..
He,,he..mengarut lah abang ni...kita kan dah kahwin..,masih rindu lagi ke...?
Semakin ayang dekat semakin kuat rindu abang pada ayang,,Sebab isteri abang..ehem..ehem..
Apa?
Ha ha...oklah sayang..nanti kita jumpa ya...Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..Adira meletakan telefon bimbitnya di atas meja.Sofia adik Adira tiba-tiba muncul di hadapanya..Adira agak terkejut dengan kehadiran adik tirinya itu...
Tanpa memberi salam Sofia masuk ke dalam rumah Adira...Wah, besarnya rumah kakak ni...Boleh tak adik tinggal dengan akak kat sini..saya boleh jaga akak..
Tapi dik,siapa yang jaga mak..kesihan mama tiada kawan kat rumah tu.Adira bersuara perlahan.
Ala akak ni sombonglah..mentang-mentang dapat kahwin dengan orang kaya..saudara pun nak buang ke?Sofia bersuara keras.
Bukan begitu dik..tapi mama dah tua..akak dah bersuami..akak tak boleh tinggal dengan mak lagi..siapa yang jaga mak?Adira bersuara agar Sofia memahami situasi yang berlaku...
Sofia masuk dan berlegar-legar di seluruh kawasan rumah itu...Kalau aku tinggal di sini pasti aku hidup senang...Rumah besar...banyak makanan..baju kakak pun cantik-cantik...Sofia berkata di dalam hati.Aku harus memujuk kakak agar membawa mak tinggal di rumah ini...aku bosan hidup susah...
Jamal pulang dari kerjanya,,Dia agak hairan melihat Sofia datang menemui mereka,,Setahunya sofia amat membenci Adira,,,Sudah beberapa kali Sofia cuba memutuskan hubungannya dengan Adira..
Abang dah balik...Adira mengambil beg dan membuka kasut suaminya yang terduduk kepenatan..Abang minum dulu ya...Adira menyuakan air putih ke mulut suaminya dengan penuh kasih sayang...
Terima kasih ya sayang...Jamal mengucup tangan isterinya...Kemesraan itu dilihat oleh sepasang mata yang sedang cemburu...Syaitan dalam hatinya terus membakar sekeping hati yang menginginkan kemewahan dunia yang di miliki oleh Adira.Memang nasib aku benar-benar sial...semua ini salah mak..Gara-gara kalah judi..kakak pula di jual dengan lelaki kaya ni ..Mengapa bukan aku yang di jual dengan lelaki sekaya ini......
Sofia keluar dengan pakaian yang agak singkat dan jarang...Dia memberi senyuman yang sangat manis buat Jamal yang sedang duduk menikmati sarapan yang di buat oleh Adira...Astagfirullaalazim,,,kamu tak ada pakaian lain ke Sofia.Kamu tahu tak..haram gadis seperti kamu memakai pakaian begini di rumah ini..Tubuh kamu tu aurat..mahu di bakar ,api neraka  nanti..Jamal bersuara tegas.Adira cepat-cepat keluar bila mendengar keributan yang ada di ruang makan..
Dia agak terkejut melihat Sofia yang berpakaian separuh tubuh di hadapan suaminya..Adira menarik tangan Sofia masuk ke bilik..Dia agak malu bila adiknya berlaku kurang sopan di hadapan suaminya...
Kalau kau mahu tinggal di rumah kakak,jangan bawa perangai dari rumah tu..malu lah akak adik pakai macam ni..ni dalam almari banyak baju kakak..pakai yang sopan-sopan,,faham...tukar baju tu..
TAPI..kak...
Tak ada tapi-tapi..sekarang tukar baju tu atau akak akan hantar kau balik rumah mak..Adira memberi amaran..
Ye la kejap lagi aku tukar...Sofia mengalah..Sabar Sofia..Masih belum tibanya lagi..satu masa kau akan jatuh terduduk Adira.....
Adira keluar dari bilik itu..Dia segera menemui suaminya yang mahu berangkat ke pejabat..
Maafkan Sofia ya bang...Dira janji akan nasihatkan Sofia agar tak buat macam tu lagi depan abang..Dira minta ampun bang...
Jamal memegang tangan isterinya..Bukan salah sayang pun,,buat apa minta maaf...?Nasihatkan adik ayang tu baik-baik..malu kalau di lihat orang dia berpakaian begitu..Abang pergi dulu...Assalamualaikum...Jamal mengucup dahi isterinya..
Waalaikum salam...Adira melepaskan tangan suaminya dengan memberi senyuman buat suaminya.
Sudah setahun pernikahan mereka..Namun belum ada tanda-tanda Adira untuk hamil...Puas sudah Adira berikhtiar mencari ubat sana sini...
Sabarlah sayang..Tuhan belum mengurniakan kita rezeki lagi..kita berdoa ya,,,Jamal memujuk Adira..
Adira jadi semakin bimbang,,Kata-kata Datin Farida ibu mentuanya seolah-olah mempunyai maksud yang tersembunyi...
Dah setahun kamu nikah..tapi kenapa masih belum hamil..jangan-jangan kamu mandul ya Adira..Mama rindukan cucu pertama mama...
Belum ada rezeki lagi mak...lagipun saya dah berusaha untuk hamil anak abang Jamal...
Ya sudah kalau begitu...lagipun Jamal tu berkemampuan...kalau kamu tak mempunyai anak ,suruhlah Jamal tu nikah lagi...Datin Farida bersuara.
Hampir mahu tercabut jantungnya bila Datin Faridah menyebut agar Jamal  bernikah lagi...Adira sibuk membersihkan rumah mereka...Sofia berbaring sambil melunjurkan kakinya di atas meja..Kak..nanti tolong basuh baju adik kat dalam bilik tu..adik tak sihat lah hari ni...perut adik sakit...
Habis tu kalau sakit kenapa duduk macam tu...Tanya Adira,,,Kadang-kadang dia agak geram melihat perangai adiknya yang menjadi-jadi.Tapi dia masih boleh bersabar kerana arwah ayahnya berpesan agar dia menjaga adiknya itu baik-baik.Sofia memegang perutnya.Betul ni kak..adik tak tipu...
Adira berlalu dari situ..Dia masak benar dengan tingkah laku Sofiah.Sofiah senyum-senyum sendiri bila melihat Adira mencuci kainnya yang dikumpulnya selama seminggu itu.
Malam itu sungguh sepi sekali..selesai solat Jamal merebahkan tubuhnya di atas tilam.Adira masih belum masuk ke bilik mereka.Sofiah datang berkemban ke bilik Jamal...
Abang..Sofiah takut bang...tadi..tadi...ada orang masuk dalam bilik Fiah bang...
Siapa?Jamal berdiri untuk melihat orang yang di maksudkan oleh Sofiah..Abang jangan keluar,,mana tahu orang jahat..Sofiah memeluk Jamal erat-erat.
Eh, lepaslah..bukan muhrim tau.!Bentak Jamal
Tapi Fiah takut bang....Sofiah terus memeluk Jamal yang kebingungan.Pintu bilik itu di buka..Astaffirullaalazimm..apa abang buat ni...?Adira tiba-tiba muncul.Matanya melihat Sofiah memeluk suaminya dalam keadaan yang berkemban..
Ya Allah...apa semua ni..?Adira hampir pengsan melihat kejadian itu..Air matanya jatuh tanpa di undang...
Sayang..jangan fikir yang bukan-bukan..ini bukan seperti yang sayang sangka...Jamal cuba menerangkan perkara sebenar.
Bohong..kak..maafkan adik ya,,Abang Jamal yang panggil adik datang sini...Adik dah dua kali di paksa oleh abang Jamal buat ni..kalau adik tak buat abang ugut akan halau adik dari sini..Sofiah berkata.
Itu semua fitnah,,hei perempuan tahukah kamu bahawa fitnah itu lebih tajam dari hujung pedang..tidak takutkah pada dosa akibat kamu memfitnah abang iparmu sendiri...Jamal bersuara.
Saya tak tipu kak...Masa kakak melawat mak abang berpura-pura sakit..Tapi dia yang mencabul kehormatan adik.Sofiah bersuara sammbil menangis teresak-esak.
Baik kalau begitu..Malam ini juga kakak mahu kamu ke hospital.kakak mahu buat pemeriksaan yang kamu benar-benar di perkosa.Adira bersuara sambil melihat Jamal yang bingung dengan perlakuan Sofiah..Apakah Adira sudah tidak percaya pada dirinya,,,Atau Adira sengaja berkata seperti itu untuk memerangkap Sofiah.
Sofiah jadi tidak keruan..Jangan lah kak,,adik relakan semua tu..Lagipun adik tak mahu akak di ceraikan oleh Abang Jamal..adik sangup berkorban apa saja untuk kakak...Sofiah cepat-cepat keluar dari bilik itu.Adira masih berpeluk tubuh sambil menatap wajah suaminya dalam-dalam..Dia ingin mencari sedidik kejujuran yang di miliki oleh suaminya itu..Apakah Sofiah itu benar atau suaminya itu di fitnah...
Jamal merapati Adira yang masih sugul..Mindanya terhasut dengan apa yang di lihatnya sebentar tadi..Maafkan Dira bang,,bagilah ketenangan untuk Dira..Biarkan dira sendiri,,Abang rehatlah...Adira melepaskan pegangan tangan suaminya..Adira duduk sendirian di kusyen ruang tamunya...Fikirannya berlegar-legar.Ya Allah bertapa berdosanya aku tidak meyakini suamiku sendiri...Ya Allah beri aku petunjuk dah hidayahmu,,Jadikan aku isteri yang bijak dalam mengatasi masalah dalam rumahtangga Ya Allah..Jangan kau jadikan aku golongan wanita yang derhaka terhadap suaminya Ya Allah...Jauhi lah hambamu ini dari jilatan api nerakamu....
Adira menuju ke dapur.Dia mengambil segelas air lalu meminumnya,,Perlahan-lahan api kemarahannya padam...Al hamdulillah Ya Allah...Kau telah memberi ketenangan buat ku....
Adira masuk ke dalam biliknya..Jamal telah tertidur pulas,,,Dia begitu penat sekali...Adira mencium tangan suaminya dan memeluk tubuh suaminya...Maafkan aku bang,,ampunkan isterimu ini..Air mata Adira mengalir keluar..
Sofiah menghempaskan tubuhnya di atas tilam..Kurang ajar..pintar juga kau Adira,,,Nyaris-nyaris aku ketahuan menipu...Semua rancangan aku gagal..aku harus pulang...aku harus bertemu mama...
Mama harus tolong aku..kalau tidak kita akan hidup miskin macam ini...kalau harap daun judi bertuah mama tu ,samapai mati pun kita tak akan kaya-kaya mama...Sofiah bersuara.
Sofiah kakak kau dah bagi segala-gala milik dia untuk kita,,Dia sanggup berhenti belajar dan berkorban untuk mama..Apa lagi yang tidak cukup...Maimon bersuara.
Mama..akak tu hidup senang..naik kereta mewah..rumah mewah...tapi kita dapat apa mama..mama pelihara dia macam anak sendiri tapi apa balasan dia untuk mama...Sofiah bersuara.
Mama tak minta apa-apa lagi dari dia..Semua dia dah beri untuk kita...
Mama ,kalau mama tak mahu bantu Sofiah,,Fiah akan bocorkan rahsia mama yang mama jual kakak Adira untuk bayar hutang mama.Sofiah bersuara.
Maimon tersentak bila mendengar kata-kata Sofiah.Kau jangan macam-macam Sofiah...Tidak ada seorang pun perlu tahu tentang tu..terutama keluarga Jamal.
Fiah tak peduli..Mama harus cari jalan supaya Fiah boleh jadi isteri Jamal..Supaya kita dapat harta kekayaan Jamal..kita hidup senang,,mama tak perlu main judi lagi...
Maimon jadi serba salah...Sofiah orangnya sangat nekad..Kalau bulat katanya ,maka bulatlah akan di buat...Maimon jadi takut kalau-kalau Adira tahu perkara yang sebenar.
Adira bergegas ke rumah ibu tirinya...Sofiah baru saja memberitahu bahawa ibu mereka itu sakit kuat..Adira memangku Maimon sambil membelai rambut wanita separuh abad itu..Tersentuh hati wanita itu ,bila Adira begitu sayang padanya..Rasanya mahu saja dia mengakhiri lakonannya itu agar ,Adira tidak secemas itu.Sofiah membesarkan matanya,memberi isyarat agar ibunya berpura-pura sakit.Dia tidak mahu rancangannya kali ini gagal.
Selama sebulan Maimon dan Sofiah tinggal bersama Adira..Berbagai masalah telah timbul...Sayang..Jerit Jamal.
Ada apa bang,,Adira bergegas ke bilik mereka.
Kenapa pendrive abang ni basah..Dalam ni semua kerja penting abang tau...Kenapa tak check seluar abang sebelum cuci..
Tapi Dira dah keluarkan pendrive tu bang,,mana mungkin boleh jadi macam ni..Adira jadi bingung.
Hari ni abang ada pembentangan kertas kerja untuk untuk projek abang...Kalau macam ni..susahlah abang,,,Jamal jadi bingung.Dia menyemak semua dokumen yang ada,,Ternyata semua dokumen tidak dapat di baca lagi.Jamal menghempaskan semua fail yang ada di hadapannya,,Adira terkejut melihat suaminya yang sedang marah.Adira menangis lalu keluar dari bilik mereka.Di ruang tamu Sofiah ketawa geli hati...Dia memasukan pendrive itu ke dalam air dan meletakkan di dalam bilik Adira.
Jamal keluar dan masuk ke dalam keretanya.Kereta itu di pandunya laju....Semenjak kedatangan ibu dan adik Adira ke rumah mereka,hubungannya dengan Adira semakin rengang,,Setiap hari mereka pasti akan bertengkar..Tapi apakah benar Adira yang melakukan semua itu..Adira kan isteri yang baik..hari ini pendrive basah,,kemarin saja ,satu rumah ribut bila cincin milik ibunya hilang ,dan di temukan di bawah bantal Adira.Tidak cukup lagi satu hari itu lantai licin membuatnya jatuh terhempas..ada minyak yang sengaja di tumpahkan di hadapan bilik mereka.Jamal tidak jadi turun kerja,.Dia harus menyiasat apakah yang sedang berlaku.Apa lagi sekarang ,Adira mengandung 2 bulan.Jamal bersembunyi di sebalik dinding rumah mereka,Dia melihat Adira mencuci pakaian yang sangat banyak...
Kakak..Fiah lapar lah,,boleh masakan Fiah ayam goreng tak?Adira melihat adiknya.
Tak nampak ke akak tengah basuh baju ni?
Akak kan orang kaya..Mana adik reti cuci kain pakai mesin.Cepatlah akak..adik lapar ni...mak pun nak makan sama...
Mak nak makan ke?Nanti akak masak.Adira bersuara,sambil menekan-nekan pingangnya yang sakit...
Adira  meningalkan kain yang di cucinya untuk memasak ayam goreng yang di minta oleh Sofiah.Sedang dia sibuk memasak..tiba-tiba Jamal muncul di hadapannya..
Kenapa ayang buat semua ni,,?Ayang kan mengandung anak abang...Ayang perlu rehat..Jamal bersuara.
Jantung Adira berdetak kencang,,Adakah suaminya sudah lama memperhatikanya,,,Dia jadi serba salah,,antara ibu dan suami..siapakah yang harus di dahukukan,,Adira sering jadi bingung,,kebingungan itu menjadi satu tekanan buatnya,,,Namun dia hanya mampu berdoa dan kadang kala dia hanya menyembunyikan tangisan itu dalam hatinya,Dia tidak mahu kalau-kalau Jamal susah hati melihat kesedihannya,,Biarlah itu menjadi rahsianya dengan Allah.
Emm..abang tak kerja ke?Abang nak minum...?Adira cepat-cepat mendapatkan suaminya..Jamal memegang tangan Adira sambil memeluknya..Abang minta maaf..Abang selalu marah pada ayang,,Abang lupa yang abang ada isteri yang sangat baik...Abang janji akan selalu di sisi sayang..
Apa maksud abang?Adira semakin kurang faham.Kenapa hari ini suaminya lain benar,,Padahal selama ini mereka sering beselisih pendapat dan selalu bertengkar...Sofia mengintip dari jauh,,Dia agak terkejut bila melihat Jamal pulang secara tiba-tiba..Mungkinkah ada sesuatu,,kalau begini aku harus hati-hati...
Jamal duduk di kusyen sambil menghadap Sofia yang leka membaca majalah wanita..Dia memehatikan susuk tubuh Sofia yang serupa tidak cukup kain itu...
Kamu tak takut azab Allah ke?Tak takut kalau tubuh kamu yang cantik ini di bakar oleh api neraka satu persatu...Jamal bersuara.
Pak imam kalau nak berceramah,pi masjid,,duduk berceramah depan saya buat apa..?Sofia mula melenting.
Adira keluar.Dia duduk di sebelah Jamal..Mata Sofia menjeling geram..Ada rasa cemburu melihat kemesraan Adira dan Jamal..
Menyampah aku tengok perempuan ni..His!Sofia bersuara dalam hati.
Saya nak ingatkan kamu..Sekarang Adira sudah hamil..saya tak mahu kamu nak mengarah kakak kamu buat kerja banyak sangat...Kamu boleh cuci kain kan...?boleh masak kan?Saya tak mahu kamu susahkan Adira macam kelmarin...Faham.Jamal bersuara sambil memandang mata Sofia.
Saya tak suruh ,tapi akak yang buat...Sofia bersuara perlahan.
Jangan nak bohong..saya nampak kamu buat kakak kamu ni macam orang gaji,,susah sangat ke nak cuci kain dalam mesin basuh tu...Jamal bersuara keras...
Dah la tu bang,,jangan marah sangat,,Lagipun Dira biasa buat kerja tu semua...Adira memujuk Jamal...
Tak pe la Jamal..kalau susah sangat biarlah saya bawa Sofia ni pulang..Daripada dia ganggu hidup kamu suami isteri..Maimon bersuara dari belakang..
Mak..mak jangan pergi..Siapa kawan mak kat kampung?Adira mendapatkan Ibu tirinya itu,.Adira bermati-matian membela ibu dan adik tirinya, namun dia tidak menyedari niat busuk kedua mereka itu...
Biarlah mak pergi Adira..Suami kamu macam tak suka kami berada di sini..kami kan orang miskin...Maimon bersuara lirih...
Sofia tunduk namun di bibirnya terukir senyuman yang penuh makna...
Sofia menemui Dr Malik.Aku perlu ubat yang boleh buat orang tu lemah dan tak boleh bangun.Kalau kamu dapat bagi ubat tu,saya akan bagi separuh harta Jamal pada kamu.
Dr Malik ketawa,,Itu senang saja..kau masukkan ubat ni dalam minuman Jamal...Bila dia tak sedar kamu bawa dia ke hospital ini...Saya akan menyuntiknya dengan dadah dari semasa ke semasa...
Sofia jadi gembira,,,Sedikit masa lagi kamu akan tumbang Adira...
Adira mengemas bilik tidur mereka..Ayang abang nak pergi ni...
Abang dah minum?Adira mendapatkan suaminya.
Abang dah minum sikit tadi...Jamal bersuara sambil tersenyum..Dia mencium dahi isterinya,,Tiba-tiba kepalanya terasa berat dan pening...Akhirnya dia jatuh pengsan.
Adira jadi panik.Abang..abng..kenapa ni.? Ya Allah abang bangun...Adira menjerit..Tolong..mak..abang Jamal ni..
Sofiah berpura-pura panik..Dia cepat-cepat membantu Adira menganagkat Jamal ke ruang tamu..
Adira menepuk-nepuk pipi suaminya yang tidak sedar-sedar itu.Abang bangun bang,..Abang bangun...Adira menangis.Hatinya resah sekali..Dia tidak henti-henti menepuk pipi suaminya.Sofia menelefon Dr malik.
Puan..sebaiknya puan hantar suami puan ni ke hospital..Saya akan menjaga suami puan...Saya rasa sakit suami puan ini sangat merbahaya.kita harus merawatnya dengan cepat...
Adira hanya menganguk tanda setuju...Sofiah begitu gembira,,Nampaknya rancanganya berjalan begitu lancar sekali...Sekarang tidak perlulah lagi dia meng ugut  ibunya..Tidak lama lagi rumah besar ini akan jadi miliknya...Aku akan jadi wanita yang terkaya di bandar ini..Sofiah mula memasang angan-angan...
Adira mundar mandir..Dia tidak dapat duduk dengan tenang...Datin Farida dan Tuan Halim juga resah..Tidak lama kemudian Dr malik keluar.
Alhamdulilah...Jamal dah sedar..tapi saya ada sesuatu nak bagi tahu...Jamal telah minum air yang bercampur dengan dadah..sebab itulah dia pengsan,,dan jumlah dadah pada badannya juga sudah banya dan tak terkawal..Jamal terpaksa kami tahan untuk pemeriksaan yang lanjut...
Semua yang datang itu terkejut.Adira juga agak terkejut...Ya Allah musibah apakah yang datang pada ku ini lagi...mana mungkin aku mahu membunuh suamiku...
Demi Allah mak..saya tak tahu pasal dadah tu mak..Saya tak masukkan apa-apa dalam minuman abang Jamal...
Kalau bukan kamu ,siapa yang buat,,bukankah kamu yang membuatkan minuman untuk suami kamu..Kamu jahat ya...Sekarang keluar kamu dari rumah ini,,saya tak mahu ada menantu yang mahu membunuh anak saya..Datin Farida bersuara sambil mengheret Adira keluar.
Ampun mak..Dira berani bersumpah...Dira tak berani nak bunuh abang Jamal,,Dira sayangkan suami Dira,,percayalah pada Dira mak....Adira memaut kaki mentuanya...
Abah percayalah pada Adira abah..Adira tak buat semua tu..Demi Allah abah,,,,Adira menangis dan merayu di hadapan kedua mentuanya..
Kau pergilah Adira,,jangan sesekali kamu datang temui Jamal lagi..Ingat saya benci kamu..pembunuh....Datin Faridah bersuara keras...
Tuan Halim jadi serba salah...Dia juga jadi keliru...Meskipun dia kesihan melihat menantunya yang sarat itu di halau tapi dia tidak dapat berkata apa-apa.Entah apakah benar Adira mahu membunuh suaminya?Tuan Halim hanya menarik nafas berat....
Adira berjalan mencari tempat berlindung...Panas cuaca sangat menduganya..Ibu dan adik tirinya telah pergi meningalkanya sebelum dia di usir dari rumah suaminya.Dia sudah mencari di merata tempat namun tidak di temukan.
Jamal membuka matanya...Dia melihat ramai orang yang mengelilinginya...Datin Faridah memeluk Jamal..Syukur alhamdulilah..kamu dah sedar anakku...Jamal masih bingung..Dia mencari seseorang...Mana Adira mak...?
Datin Faridah bersuara...Mal kena berehat dulu...Adira ada kat rumah..dia tak berapa sihat..Tuan Halim hanya mendiam kan diri,,dia melihat wajah isterinya yang berbohong dengan anak mereka...Datin Faridah hanya melihatnya sambil lewa,,Baginya itulah yang terbaik untuk anak mereka...Lagipun Adira bukanlah menantu pilihanya...Tapi demi kebahagiaan Jamal dia terpaksa akur...Mulai dari detik ini Jamal harus tahu siapa isterinya yang sebenar...Jamal harus menceraikan Adira sebelum perempuan gelandangan itu membunuhnya....
Adira menekan perutnya..dia begitu lapar sekali...Ya Allah berikan aku kekuatan,,,aku harus kuat...Adira membuka paip air lalau meminumnya ...Bismillahiroman irohim...Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang,,,,
Awak tentu lapar kan...Tiba-tiba datang suara dari belakang,,Seorang gadis seusianya memberikan bungkusan kfc padanya,,,,
Adira agak kehairanan...Siapa kamu?
Aku Saffiah...Dia menghulur tangan.Adira teragak-agak...Janganlah takut,,aku tak makan orang lah..
Aku Adira...mereka bersalaman...Mereka duduk di bawah pokok berhampiran taman bunga...
Aku adalah seorang isteri dari orang miskin...Suami aku amat sayangkan aku..sampai-sampai dia cacat semata-mata mencari sesuap nasi untuk aku...tapi aku tak sanggup melihat dia susah untuk aku...aku tinggalkan dia kerana aku tidak sanggup melihat pengorbanan dia buat aku...
Adira jadi hairan..Maksud kamu..kamu lari dari rumah?
Ya...kerana suami aku yang tak boleh berjalan itu tidak pernah berhenti melakukan kerja berat semata-mata untuk menghidupkan aku...
Derhaka kamu dengan suami kamu...Kamu tak boleh meningalkan rumah tanpa izinnya...meski apa yang kamu lakukan untuk dia itu benar tapi dia masih suami kamu...syurga kamu ada di tapak kakinya,,,Adira berkata.
Dan kamu bagaimana..kenapa kamu keluar rumah dalam keadaan kamu macam ni?Saffiah bertanya.
Aku di fitanah membunuh suamiku sendiri,,Mana mungkin aku membunuh suamiku...Aku sanggup berkorban apa saja untuknya...Dan aku di halau dari rumah yang diamanahkan oleh suamiku...Adira bersuara sambil menitiskan airmatanya...
Bagaimana ciri-ciri suamimu...?Tanya Saffiah.
Suamiku adalah lelaki yang paling baik ,,dia selalu mengajarku jadi wanita yang soleh...Dia selalu berpesan kalau hati aku susah berzikirlah pada Allah,,kalau aku sakit...berdoalah pada yang menciptakan manusia...dan Allah akan merindukan setiap doa hambanya,,,
Saffiah ketawa..Kamu sungguh bertuah,,,kalau aku di didik dengan wang ringgit dan harta,,,,Kerana terlalu susah suami dan ibu mentua aku akan melakukan apa saja untuk jadi kaya...meskipun akan menyakiti orang lain...Aku bukan mahu hidup begitu,,,Saffiah berkata...
Entah lah..pelik kan hidup ni..bila kebahagiaan itu jadi milik kita,ada yang memisahkan kita...tapi bila kita ingin lari dari sebuah kehidupan yang kita tidak mahu,kita seakan2 di ikat dengan begitu kuat...Adira bersuara..
Mungkin takdir ingin ki kembali untuk membetulkan keadaan..Tuhan telah menguji hambanya ,menguji kesabarannya ,menguji kesetiaan seorang isteri itu,,,Apakah kita harus kembali kepada suami kita untuk membantu mereka...atau...
Saffiah dan Adira berpandangan...kita rehat di sini dulu..esok kita akan pergi kembali pada mereka...Saffiah bersuara.
Mungkin kamu benar Saffiah,,aku tak boleh diam..aku harus menyelamatkan rumahtanggaku,,,biar apa berlaku aku harus kembali pada abang Jamal..
Pagi itu Adira membawa perutnya yang besar memboyot menuju ke hospital di mana Jamal di tahan.Adira menghendap di jandela...Adira menuju ke arah pengawal keselamatan...
Maaf cik..aku teman Jamal..aku harus memberi sesuatu padanya atas arahan Datin Faridah,,,Adira terpaksa menipu agar dia dapat  menemui suaminya.Hajatnya untuk menemui suaminya tercapai..Jamal kelihatan sangat lemah..Dadah yang di masukkan ke tubuhnya membuat dia tidak berdaya...
Abang....Ya Allah..kenapa jadi begini abang...?Adira memeluk tubuh Jamal yang kaku..Matanya hanya melihat sosok isterinya yang sarat mengandung..
Sayang..kamu tinggal di mana..?Betul kah mak dah halau sayang dari rumah kita...
Abang mak tak halau Dira,,mak yang jaga Dira..Mak abang baik...Abang janganlah risau ...Dira janji akan bawa abang pulang...Dira janji...
Tiba-tiba kedengaran suara tapak kaki.Abang Dira akan datang lagi...Adira mencium pipi Jamal dan tangan suaminya..Dia tergesa-gesa untuk keluar dari bilik Jamal...
Adira...Adira....
Adira berlari dan bersembunyi diluar bilik Jamal..Dr . Malik masuk dan menyuntik tubuh Jamal.Adira agak hairan kenapa keadaan suaminya bertambah teruk..Apakah ubat yang di beri oleh mereka...Adira menutup mukanya dengan hijab dan menutupi wajahnya...Adira terhenti bila melihat Sofiah datang menemui Dr. Malik.
So macam mana?Bila awak nak bagi saham tu pada saya...Awak dah urus ke semua tu,,kan kita dah dapat tandatangan dia?
Awak jangalah bimbang...Saya akan tunaikan janji saya..cuma tunggu sedikit masa lagi akan selesai...Sofiah berkata sambil tersenyum...
Malam ni awak tidur rumah saya yee,,saya rindu sangat dengan awak...Dr Malik meraih pinggang Sofiah yang tergedik-gedik manja,
Astagfirulllah..rupa-rupanya,semua itu rancangan mereka...Ya Allah ampuni dosa adiku Ya Allah....Adira mengurut dadanya...Dia hampir mahu terduduk melihat adiknya sudah dibelai mesra oleh lelaki yang bukan muhrimnya...Boleh-boleh saja lelaki keparat itu menyentuh seluruh tubuh adiknnya tanpa segan silu dan malu pada Allah.
Ini apa sayang...?Sofiah bersuara.
Inilah senjata kita yang terakhir...Selepas kau nikah dengan Jamal ubat ini akan sedikit demi sedikit membunuh bakal suamimu yang bodoh itu...Dr Malik bersuara.
Sofiah ketawa ...Akhirnya aku memiliki semua yang pernah di miliki oleh saudara tiriku yang bodoh itu...Kita akan kaya....dan hari pertama yang aku mahu pergi adalah negara yang penuh dengan salji...bagaikan winter sonata,,ahhh........bahagianya.....Sofiah mendepakan tanganya sambil menari berpusing-pusing....
Kalau kita dapat bukan saja ke negara salju ke hujung dunia pun aku akan bawa kau,,kau sangat pintar,,tu aku sayang pada kau...Mereka ketawa sangat gembira.Adira menangis sambil melihat keadaan suaminya yang sudah sekarat..Aku janji..Demi kasihku pada abang aku akan berjuang untuk meyelamatkan abang..Demi Tuhan..Aku janji....
Sembilan bulan Adira bertarung hidup dalam kesengsaraan,,,Nasibnya agak baik bila dia di teriama berkerja di sebuah restoran sebagai tukang cuci piring…Bukan semua hamba Allah itu kejam,,tapi ada juga insan yang berhati emas yang sentiasa menjadi kekutan wanita itu untuk menguras tenaganya,demi untuk meneruskan kelangsungan hidup…
Hajah halimah seorang janda yang hidup mewah berhati mulia mengambilnya berkerja di restorannya yang ada di pekan itu…Sejujurnya dia hanya mahu Adira mejadi pelayan sahaja..tapi atas permintaan Adira,,dia bersetuju untuk meletakkan Adira di bahagian belakang…Dia begitu simpati melihat keadaan Adira yang sarat…tapi dia juga kagum melihat semangat wanita seperti Adira yang tidak pernah takut pada penat dan lelah…
Abang…bangunlah abang…sudah terlalu lama Dira tidak memeluk abang..Dira rindu…Air mata Adira mengalir…tangannya menggengam tangan suaminya yang terkumat kamit…tubuh Jamal yang sangat lemah itu tidak mampu mengeluarkan suara..matanya begitu berat untuk dibuka…
Abang…Ini dira bang,,anak kita akan lahir tak lama lagi…Adira meletakkan tangan jamal ke perutnya yang buncit,,,Kalau abang sembuh nanti,,kita akan sama-sama cari nama yang cantik utuk anak kita ya bang,,,
Perlahan-lahan tangan jamal mengusap perut Adira..Kesihan kamu wahai isteriku…Kamu sangat menderita..maafkan aku sayang,,,maafkan aku sayang….
Hei! Siapa kamu..tiba-tiba ada suara keras yang menjerit dari belakang…Tudung yang menutupi mukanya di buka kasar..
Kau!!!!!!!!!!!!! Sofia agak terkejut bila melihat Adira yang datang menemui Jamal..Berani kau datang di sini ya…Hei..pembunuh..kau harus bersyukur tak hidup dalam lokap…keluar kau dari sini..
Maafkan aku Sofia..tapi aku tak bunuh suami aku..dan satu hal yang kau harus tahu,,aku sudah tahu rancangan kau…jangan harap aku akan tinggal diam..perlahan-lahan rancangan busuk kamu akan terbongkar…
Sofia mengangkat tangannya..cepat-cepat Adira menangkap tangan Sofia dan mencengkamnya sekuat hati,,Aku boleh sabar dengan semua apa yang kau lakukan pada aku,,tapi tidak untuk suamiku,,Aku akan buat apa saja asal aku dapat menyelamatkan suamiku,,,
Semakin lama cengkaman tangan Adira semakin kuat,,dia tidak dapat mengawal kemarahannya,,,Sofia meronta-ronta kesakitan..
Tolong,,,tolong..Perempuan ni nak bunuh saya..Sofia menjerit kuat..beberapa orang kakitangan hospital meleraikan mereka..Adira jatuh pengsan bila tangan mereka di leraikan…
Jururawat yang ada di situ mengangkat Adira,,,Mereka berusaha menyedarkan Adira…Tiba-tiba darah mula mengalir dari kaki Adira,,,Anaknya akan lahir sebentar lagi..Cepat-cepat jururawat dan doktor memberi rawatan pada Adira…
Sofia yang ketakutan berlari ke ruangan Dr malik…Dia jadi ketakutan…
Dr Malik mendapatkan Sofia yang kelihatan cemas itu..Kita harus pindahkan Jamal dari sini..Adira sudah tahu rancangan aku..Adira akan buat semua rancangan aku kacau..apa harus aku buat…?
Tenang sayang,,kamu duduk dulu…Aku akan bantu kau supaya cepat-cepat menikahi Jamal…Dan selama kamu jadi isteri jamal..sedikit demi sedikit hartanya akan jatuh ke tangan kamu…Dr kamil bersuara,,,
Tapi macam mana..Jamal tak akan menikahi aku…Dia sangat cintakan Adira..Sofia bersuara nada kesal…
Aku akan buat Datin Faridah terpaksa menikahkan kau dengan Jamal..Mahu tidak mahu Jamal akan patuh pada ibunya…setelah habis semua harta mereka ,kita akan meningalkan negara ini dan kita akan mulakan hidup baru di Amerika..
Sofia tersenyum,,Akhirnya Dr malik benar-benar mahu membantunya..Asal kamu tahu saja doktor bodoh…aku tidak akan beri sesen pun harta Jamal pada kamu,,,aku hanya memanafaatkan kebijaksanaan kamu untuk mencapai keinginanku…Sofia bersuara dalam hati.
Datin Faridah jadi bingung,,Kos hospital untuk memulihkan jamal sangat tinggi,,,Kalau dia di rumah siapa yang akan menguruskan dia,,,
Datin Faridah baru teringatkan Sofia,,Ya,,hanya Sofia satu2nya yang akan membantunya untuk menjaga Jamal…Lagipun Sofia juga bersetuju sanggup menikahi Jamal demi menebus dosa kakaknya yang cuba membunuh suaminya sendiri..Bagus..Sofia sanggup berkorban demi Adira..Sedangkan Adira menghilang entah ke mana…
Adira membuka matanya..Tubuhnya sakit bukan kepalang…Jangan kamu bangun dulu nak..Syukur tuhan selamatkan kamu,,,Perlahan-lahan Adira membuka ,matanya…Dia melihat seorang perempuan tua dan anak perawan dihadapanya,,,
Di mana aku??
Mak saya jumpa kamu di dalam karung tempat pembuangan sampah..Dua hari kamu tak sedarkan diri..
Anak aku,,anak aku di mana?
Kami hanya jumpa kamu..tapi anak kamu tiada…tapi bersyukurlah kamu sudah selamat,,kamu makan lah dulu…nanti kamu rehat..kalau kamu sudah sembuh baru kita cerita lagi ya…Perempuan tua itu bersuara lalu membawa dulang keluar,,,
Sofia,,abang nak minum,,abang haus,,,Jamal cuba bangun,,Namun badannya terlalu lemah..Akhirnya dia jatuh ke lantai…
Wahai isteriku Adira,,kamu di mana..apa khabarmu dan anak kita…pulanglah sayang,,abang perlukan kamu di sini…
Sofia masuk ke dalam bilik Jamal…Aku bawa nasi nasi bungkus dan air botol besar untuk kau makan malam ni,,jangan tunggu aku pulang…tu ubat jangan tak makan,,faham..Sofiah melontar makanan ke ribaan suaminya..
Tolonglah bantu aku naik ke katil..
Kau buang tebiat ka apa ha?kau harus bersyukur tau ..sebab aku ambil kau jadi suami aku,,siapa yang mahu kahwin dengan lelaki berpenyakit macam kau ni..nak urus diri pun susah..
Kamu jangan sombong..aku tak izin kamu keluar malam ni…aku ni suami kamu…Jamal bersuara…
Aku hanya nikah duit kamu,,bukan kamu jamal…Kesihan kakak saya kan,,entah hidup entah mati…
Kau memang sudah gila…sanggup kamu bunuh kakak kamu demi harta,,Sedarlah Sofia,,Mohon ampun pada tuhan..
Aaa..pergi mampus kamu dengan khutbah kau tu,,aku sudah muak dengar semua tu,,Sofia berlalu sambil menghempas daun pintu..Dia mengunci suaminya dari luar,,,
Jamal berusaha untuk bangun,,Dengan sedikit kekuatan dia berusaha untuk naik ke katil..tapi sia-sia..Ah,,biarlah aku tidur di lantai saja malam ni…Tangan Jamal yang terketar-ketar menyuap nasi ke mulut,,Seharian dia bertahan lapar..
Aku harus kuat,,mungkin ubat ini mengandung dadah..Aku harus buang semua ubat ini dan melawan ketagihan aku,,Ya Allah,,beri aku kekuatan…Ampuni dosa-dosaku ya Allah,,Kau peliharalah isteriku yang ada di alam sana ya Allah,,,Jamal bersuara di dalam hati…
Sampai bila aku harus bertahan,,kenapa proses pindah milik tu lambat mahu selesai..aku sudah tidak sabar mahu bebas,,aku bosan melayan lelaki tak guna tu…Sofia memberontak kasar..
Dr malik menarik selimut putih yang menutupi tubuh mereka yang telanjang itu..Dia memeluk Tubuh Sofia tanpa segan silu..Meskipun di hadapanya itu adalah isteri orang tapi baginya Sofia adalah sama saja dengan wanita wanita liar yang pernah di tidurinya,,,Baginya dosa itu akan di tanggung kemudian kenikmatan dunia itu lebih utama..
Kamu sabar ya sayang,,dua minggu lagi semua kan selesai,,,Jadi kamu tak perlulah risau pasal tu,,semua tu saya dah urus…Dr malik bersuara..
Sayang janganlah risau,,saya tak mahu ayang rosakkan malam indah kita berdua ni,,saya nak menikmatinya bersama kamu sayang,,,,Dr Malik bersuara lirih,,Sambil tangannya yang gopoh menelusuri lekok-lekok yang membangkitkan ghirah si wanita penzina itu,,,Syitan terus bertepuk sorak gembira melihat keasyikan dua manusia yang berada di puncak asmara itu,,,Sesekali anak iblis itu mencelah maka bertambah keasyikan yang tak terbanding…yang perkiraanya akan terbangkit di akhirat nanti…
Datin Faridah mengetuk daun pintu..Namun tidak siapa yang menjawab…Datin Faridah menghubungi telefon Sofiah namun tak di jawab,,Datin Faridah mula mensyaki sesuatu..
Hello Azman,,datang sini kejap..kat rumah adik kamu Jamal..mak tungu kamu sini..Datin menghubungi Azman anak tuanya…
Berkali-kali pintu di ketuk,,tapi tiada yang menjawab…Azman ke belakang stor tiba-tiba dia mendengar suara seeorang yang sedang memanggil..Sofia..kau ka tu Sofia..tolong abang Sofia,,,,
Azman membuka pintu,,ternyata pintu itu terkunci,,Azman menendang pintu stor itu sekuat hati,,,Datin Faridah berkejar ke ruang belakang,,Alangkah terkejutnya mereka melihat keadaan Jamal yang sudah tidak terurus,,
Astagfirulla anakku Jamal…Datin Faridah mendapatkan anaknya yang terbaring lesu…Keadaan Jamal teruk sekali..tempat tidurnya berbau busuk,,sisa sisa nasi bungkus dan air mineral bertabur sana sini,,,tidak ubah seperti kandang binatang,,,
Datin Faridah menangis,,Ya Allah kenapa begini malang nasibmu anakku…Mana Sofia…
Jamal hanya mengelengkan kepalanya,,Angkat adik ke kereta,,mama nak hantar adik ke hospital untuk check up…
Azman mengangkat Jamal ke kereta,,mereka menghantar Jamal ke hospital…
Datin,,anak datin tidak sakit,,tapi dia di suntik dengan sejenis ubat yabg boleh membuat tenaga orang tu tidak berdaya,,ia sejenis dadah,,,
Apa..selama ni dia di suntik dengan dadah..?Datin Faridah terkejut hairan…
Selama ni Jamal dirawat oleh Dr Malik…Ya Dr Malik…Tapi mustahil Dr Malik boleh melakukan itu semua,,itu akan melanggar etika sebagai sebagai seorang doktor..
Hamdan,,aku mahu kamu siasat pasal Dr Malik..Kalau boleh saya mahu kamu bawa dia jumpa saya..Datin Faridah memberi arahan kepada pengawal peribadi mereka..
Dan jangan lupa cari tahu di mana Adira sekarang..Adakah dia masih hidup atau kalau dia sudah meninggal cari tahu di mana kuburnya..
Baik lah Datin,,kami akan berusaha mencari mereka…Hamdan memberi isyarat kepada anak buahnya untuk memulakan pencarian…
Tidak lama kemudian datang beberapa orang datang ke rumah Datin Faridah,,Assalamualaikum Datin..Kami dari bank,,,kami di fahamkan Sofia telah mengeluarkan semua aset harta yang dimiliki oleh Jamal dan telah dipindah milik pagi tadi,,Kami datang hanya untuk meminta pengesahan tandatangan dari encik jamal…
Datin Faridah terkejut…Apa semua ni…Jamal masih sakit..bagaimana boleh di pindah milik tanpa persetujuan Jamal..
Maafkan kami Datin..Tapi dari hasil penelitian kami ini adalah cap jari asli Encik Jamal..Masalahnya sebahagian rumah Jamal telah di sita oleh bank berikutan Puan Sofia telah mengunakan wang yang berlebihan…
Datin Faridah terduduk di sofa,,,Datuk Halim mengerutkan keningnya,,,Jamal menarik nafas dalam..Ya Allah..musibah apakah yang menimpa ini,,ampunkan dosaku Ya Allah…Kalaulah Adira ada di sisinya pasti dia tidak sengsara seperti ini…
Saat ini timbul rasa sesal yang sangat dalam,saat dia menghalau Adira dari rumah mereka..Gara-gara tipu muslihat Sofia yang terlalu licik memperbodohkan mereka ,akhirnya Jamal yang menangung akibatnya…
Ya Allah,,aku berdosa padamu…Sesugguhnya aku terlalu sombong dan khilaf…Ampuni aku Ya Allah,,,Air matanya mengalir perlahan…Tangannya mengusap kepala Jamal yang masih membisu…Maafkan mama Jamal,,Mama salah..Mama selalu menyakiti hati isterimu..Mama lah yang menghalau isterimu dari rumah…Mama tak tahu..Sofia yang telah merancang sesuatu yang jahat untuk kamu…
Sudah lah ma…Ini takdir Jamal..Tapi Jamal yakin,,Adira masih hidup,,,Jamal dapat rasakan dia selalu dekat dengan Jamal mak…Jamal bersuara sambil memeluk ibunya…Datuk Halim memegang tangan Jamal dan Datin Faridah,,Abah akan cari Adira..kami janji akan kembalikan Adira pada kamu…Abah dah kerahkan orang-orang abah untuk cari isteri kamu…
Terima kasih abah mak..Adira tak salah,,Jamal sudah tahu semua rancangan Sofia..Syukurlah saya dah dapat kawal diri sekarang,,Semua ubat yang Sofia beri saya buang..Saya sengaja buat dia fikir yang saya sakit kerana ingin tahu apa rancangan mereka.
Kalau saya dah sembuh sepenuhnya saya nak cari Adira..Jamal bersuara…
Datin Faridah menangguk..Ya nak..mudah mudahan Adira selamat…
Cuaca begitu panas,,Jamal memberhentikan keretanya di bahu jalan..Sofia dan Dr Malik masih belum di temui…Assalamualaikum…Tiba-tiba eorang wanita yang berpudra medatanginya..
Jamal segera membuka cermin keretanya..Dia agak tertegun dengan pandangan mata wanita itu,,meskipun dia tidak dapat melihat wajah wanita itu tapi lirikan mata itu serupa mata isterinya Adira.
Astagfirullah ad azim,,Cepat-cepat Jamal beristigfar…
Saya mahu tumpang..Dari tadi saya tunngu..tapi tiada kereta datang..Saya mahu ke bandar…
O kebetulan saya nak ke bandar..Awak masuk lah..Kata Jamal..Wanita itu hanya membisu sepanjang perjalanan…
Awak tinggal di sana ke? Tanya Jamal
Wanita itu mengangguk…
Dengan siapa..tempat tu terpencil..tak takut ke?
Saya hanya takut pada Allah…Wanita itu bersuara perlahan,,,
Jamal mengamati suara itu..Apakah kamu Adira..hati kecinya bersuara…
Saya Hayati…Terima kasih kerana menumpangkan saya samapi di sini,,Semoga Allah menjaga dirimu…Perempuan itu terus berlalu tanpa melihat ke belakang,,
Jamal masih tertanya-tanya..Dia cuba menyelidik siapa wanita itu…Ternyata wanita itu berkerja sebagai pembantu pegawai disebuah bank swasta..
Awak ikut saya ke?Jamal terkejut bila di sergah dari belakang…
Hayati..awak…Jamal teragak-agak…
Marilah ikut saya..Hayati menarik tangan Jamal ..Dia membawa Jamal ke sebuah bilik kosong..Jamal terpinga-pinga..
Perlahan-lahan Hayati memeluk tubuh Jamal..Jamal menolak Hayati sampai jatuh ke lantai..
Apa awak buat ha..awak tahu ka,apa awak buat ni satu dosa…haram tahu!..Jamal bersuara.
Perlahan-lahan Hayati membuka penutup mukanya..Aku Adira,,isteri abang…
Ya Allah..Adira..apa benar kamu Adira….Jamal mendekati wanita itu…
Abang ingat tak rantai ni,,,Ni saja satu-satunya harta yang dapat Dira bawa untuk mengingati abang..Adira tak punya apa-apa selain ini bang..
Jamal tidak dapat menahan sebak di hatinya..Dia memeluk Adira seerat-eratnya…Pulanglah dengan abang,,Abang rindukan sayang,,Bertahun abang mencari ayang tapi tak jumpa..
Adira menceritakan semua yang terjadi padanya,,,Maafkan Dira abang,,Dira tak mampu menjaga anak abang,,Ampunkan Dira…
Semua ini takdir kita Dira…Allah menguji kesetiaan kita..Allah menguji hambanya agar selalu beringat akan keujudanya…Jamal memeluk Adira..
Maafkan Dira bang,,Dira tak boleh pulang sekarang..Sofia sedang mencari Dira,,Selagi kita tak menangkap mereka,,kita semua akan dalam bahaya…Dira menyamar jadi hayati untuk mendapatkan kembali semua harta abang…
Biarkan semua tu Dira..Abang pun tak mahu semua tu,,abang Cuma kamu balik dengan abang….Jamal masih memeluk isterinya…
Sekali lagi Dira minta maaf..Tugas Dira belum selesai,,Dira Janji akan pulang bila semuanya akan jadi baik.
Tok! Tok! Tok! Kedengaran pintu di ketuk…Cik Hayati,,ada orang yang nak berjumpa dengan cik,,dia tunggu di luar…
Cepat-cepat Adira menutup mukanya…Abang balik dulu,,nanti Dira jumpa abang lagi…jangan selalu jumpa Dira ..nanti abang dalam bahaya…
 Sofia mundar mandir di ruang tamu,,Dia jadi bingung,,kenapa transaksi untuk pertukaran nama itu jadi berubah,,Apakah yang sedang terjadi..Apakah rancangannya gagal..Tidak,,aku tak boleh gagal..Semua harta Jamal akan jatuh ke tangan aku..Aku harus lakukan itu,,Tapi bagaimana aku keluar,,Polis sedang mencari aku..Anak buah Datin Faridah tak akan tinggal diam..Apa lagi sekarang Jamal sudah sembuh..Sial !Kalau saja aku tidak lalai pasti semua akan berjalan lancar,,Dr Malik pula entah ke mana..Dia sudah melarikan separuh dari wang aku…Arghhhhhh!!!!!!!!!! Kacau semuanya…Sofia menghempas gelas yang berisi minuman keras di dalamnya…Namun resahnya tidak juga hilang,,,
Assalamualaikum….
Sofia terperanjat..Di hadapannya seorang wanita yang bertudung labuh dengan menutup mukanya dengan kain hitam…Dia melihat mata wanita itu,,Seakan-akan dia mengenali suara itu….
Apa khabarmu saudaraku…Aku terlalu merindui kamu…
Sofia agak terkejut,,A..A..A..Adira..Bukankah kau sudah mati,,,,!!!!!!!
Saudaraku,,aku membawamu dalam hidup yang sangat bahagia,,tapi sayangnya kau menghancurkan aku dan seluruh rumahtanggaku..layakkah kau ku beri peluang..Kau membunuh aku dan anakku..dan hampir-hampir membunuh suami ku…Dan hari ini aku datang untuk membunuh manusia sepertimu….Sepucuk pistol di acukan ke arah Sofia…
Jangan Adira,,istigfar nak,,jangan bunuh adikmu,,,tolonglah kamu jangan begini,,kasihani lah mak…..
Aku susah mak..aku menderita sebab seorang adik yang tak tahu erti kasih sayang,,,manusia tamak yang tak tahu terima kasih,,,ini hukuman manusia jahil sepertimu…..Adira sudah hilang kawalan..Segala kemarahannya terlempias dalam keadaan yang tidak sedar,,Syaitan terus membisikkan sesuatu agar terjadinya pertumpahan darah…
Jamal mencari Adira di pejabatnya,,,Maaf dik,,boleh tanya,,Hayati mana?
Oh, katanya dia outstation..!Dia mahu pulang ke rumah maknya..nak jumpa Sofia katanya…Roslin selaku kerani itu menjawab.
Adira pulang kampung,,Bermakna itu bukan petanda baik untuknya,,Adira pasti dalam bahaya,,,Cepat-cepat Jamal berlari ke arah keretanya…
Mak hantar orang ke rumah Sofia..Jamal dalam kesusahan ni..Jamal menelefon ibunya..Datin Faridah mengarahkan orang-orangnya mengikuti Jamal,,Sementara dia ke balai polis,,,
Suasana kelihatan sangat tegang..Adira sudah tidak terkawal lagi,,Mereka bergelut...Akhirnya Adira mendapatkan kembali pistol itu…
Mana anak aku…Mana kau buang anak aku…!!!!!!!!!! Adira menjerit kuat…
Jamal tiba tepat pada masanya…Sayang…Astagfirullah..ayang,,istigfar sayang,,jangan buat macam ni…
Dia bunuh anak kita bang,,perempuan ini kejam,,Dia rampas semua hak Dira..Perempuan ni harus di bunuh!!!!!!!!!!
Sabar Adira,,,Sabar sayang,,maafkan lah dia,,ingatlah Allah..dia maha mengetahui dan maha menghukum..bukan kita sayang..kita hanya hamba yang lemah,,ada kesilapan,,Jamal bersuara,,,
Polis datang bersama ibi dan bapa Jamal,,Suasana sangat tegang,,Meskipun ramai yag datang melihat tapi tiada siapa yang berani mendekat,,Adira akan mengacukan pistol pada siapa saja yang mendekatinya…
Jamal mengambil air…Dia membacakan surah An-nas  dan ayat kursi..air itu disiramkan ke muka Adira…..
Adira sedar dari marahnya…Cepat-cepat Jamal menyentap pistol dari tangan Adira..Sofia berusaha untuk lari tapi di tangakap oleh polis…
Sofia pengsan tidak sedarkan diri,,Dia tiba-tiba pitam…Jamal menyambutnya sambil mengangkatnya di kusyen,,,
Maafkan mama Dira..mama salah…Mama kejam denganmu….Mak Mona menangis sambil mengusap kepala Adira…
Adira membuka matanya perlahan-lahan,,Dia melihat wajah suaminya yang tersenyum melihatnya,,,Jamal memeluk isterinya..Semuanya sudah berakhir sayang…Kita akan membina hidup baru,,,
Tapi anak kita,,,Adira bersuara lirih…
Anak kau masih hidup Dira,,,masa ka melahirkan anak ada seorang perempuan yang melahirkan anak,,tetapi anaknya sudah meninggal…mama tukar bayi kamu demi menyelamatkan dia dari di bunuh oleh adikmu…Belum pun sempat mama selamatkan kau,mereka sudah membawamu pergi., entah ke mana…
Apa anak Dira masih hidup,,,Adira agak terkejut,,Subahanallah,,terima kasih Ya Allah,,,kau telah mengaturkan kejadian ini dengan pelbagai hikmah…Syukur Ya Allah…Adira memeluk erat suaminya..
Anak kita masih hidup bang,,Anak kita masih hidup..Adira menyapu air matanya…Terima kasih mak..mak tak salah…Mak adalah syurga buat Dira,,Dira tak punya siapa-siapa melainkan mak dan Abang Jamal…
Jamal membawa seorang budak perempuan yang berumur 7 tahun,,,Ini anak kita sayang,,ini ibu bapa yang memelihara anak kita sampai sebesar ini…
Ya Allah anakku!!!!Adira memeluk anak itu seerat-eratnya…Mama rindu kamu,,,,
Mereka telah sepakat untuk menjaga nur adha khalesha….Dia menjadi seorang gadis yang cantik tegar dan pintar serupa ibunya….Datin Faridah dan Dato Halim turun merasa gembira..tambah-tambah lagi Adira bakal melahirkan seorang cucu buat mereka…
Sementara Sofia terpaksa menjalani hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan yang di lakukannya,,,Dr Malik juga telah di temui mati bersama pasangannya ketika dia memandu dalam keadaan mabuk…
Tuhan sentiasa membayar semua keburukan mahupun kebaikan yang di lakukan oleh umat manusia,,Sedar tak sedar masa dan hari itu sering berganti dan amalan manusia itu semaki kurang…untuk mengejar harta dan kemewahan akhirnya manusia itu jadi alpa akan tugasnya sebagai kahlifah di muka bumi ini….
[HARGAILAH PERNIKAHANMU KERANA KAMU SUDAH MENDAPAT SEBUAH CINTA YANG NYATA DAN JELAS,,,ANDAI KAMU MENYIAKANYA MAKA KAMU ADALAH MANUSIA YANG SANGAT RUGI…KERANA CINTA KEDUA ,,KETIGA DAN KEEMPAT AKAN MENJAHANAMKAN SELURUH KEHIDUPANMU]
                                 WRITTEN BY
                              SINYORITA HALENA@ABSAH MIN[3774]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan