Jumaat, 14 Jun 2013

ABAH,POLITIK DAN AKU


ABAH,politik dan aku.....



 Aku baru pulang dari kerja menuju ke rumah mak...ku lihat mak begitu sibuk menjemur beras yang telah berhabuk dan berkutu...aku mencari abah,,,adikku yang bermain di bawah ku panggil naik...Azrul...abah mana?


Jangan kau tanya abah kau kat mana...tu kat warung depan rumah janda piah tu ha..musim politik ni...dia sibuk macam wakil rakyat...suara mak kedengaran...

Kenapa mak jemur beras yang berhabuk tu...minggu lalu saya ada kirim duit..kenapa tak beli beras...aku bertanya..

Mak melihatku...abah kau dah guna duit tu buat bayar hutang judi dia leha...abah kau kuat minum kuat judi...ha sekarang dah jadi pengikut Datuk Rahim..Kempen sana sini...

Berderau darahku mendengar kata mak...Abah ni memang nak kena ni...Aku turun menuju ke keretaku...Eh,leha nak ke mana tu...?mak bersuara.

Nak pegi tengok abah...aku masuk ke keretaku.kereta itu kupandu menuju ke warung di hujung kampung...ku lihat abah dengan megah memberi hujah-hujah yang begitu bernas dan penuh ideaologi kepada beberapa pengikutnya di warung tersebut...Semua yang mendengarnya tercengang dan ada yang mengangguk kepala tanda bersetuju dengan hujah abah yang panjang lebar itu...aku tidak habis fikir,,,adakah abah ini telah maju dari segi idea tapi tak maju untuk mengurus rumahtangganya yang lintang pukang bagai kapal karam...bercawan-cawan kopi di tuang..berbagai-bagai makanan di hidang...maka bertambah la income janda piah musim politik ni...aku keluar dari kereta...

Ha ni anak saya dah sampai...ha kamu tengok macam mana aku didik anak perempuan aku..tengok dia dah ada kereta..tolong orang tua...sekarang aku senang...

Aku terbukam bila abah memasukkan aku sekali dalam agenda ceramah warungnya...Aku cuba memberi senyuman sinis kepada mereka..takut-takut orang kampung kata aku sombong pula....

Abah ,pulang dulu..ada hal saya nak bincang...Aku bersuara..rimas aku di pandang oleh kawan-kawan abah yang berusia 40 an yang berlagak seperti pemuda kampung yang pantang melihat anak dara di depan mata.

Tak nampak ke abah tengah mesyuarat ni...
Abah ni penting tau..kejap lagi saya nak pulang pergi kk..saya tak ada masa jumpa abah ...pulang kejap je abah...saya nak bagi abah duit...aku sengaja memancing abahku pulang...

Besar mata abah bila aku sebut pasal duit...Emm..aku pulang dulu ya...anak aku nak bagi duit..nanti kita duduk sini lagi...Abah bersuara...aku menarik nafas geram melihat abah yang tersengih-sengih melihatku...Abah sempat mengenyit mata pada janda piah...Janda piah tergedik-gedik bagai cacing lingguang kena matahari...Emm dah la tu abah...saya nak cepat ni..aku bersuara keras...Abah tersenyum malu...ah..tau tak pe..dah tua-tua pun trak orang muda...Tak faham aku ayah ni...

Abah tak boleh ke warung lagi..kalau abah ke warung lagi saya potong elaun abah setiap bulan...abah tak bagi duit saya kirim untuk mak...aku mula berleter sebaik saja abah sampai rumah...

Mana boleh macam tu leha..abah ni ketua cawangan tak lama lagi nak mengundi tu...sekarang datuk perlukan khimat abah...abah ni orang penting leha...

Abah tu sawit sapa nak kerjakan...tak kan mak sorang buat kerja...abah duduk kat warung janda piah berjam-jam sampai tak ingat solat...abah dah tua...sudah-sudah la tu...aku bersuara.Adikku Azrul mengintip di dapur...Bukan aku mahu berdebat dengan abah untuk menghalang usahanya menarik oarang kampung untuk menyokong parti baru Datuk Rahim tu,tapi tanggungjawab untuk keluarga kena jalankan juga...Itu lebih penting...

Saya tak kira...kalau nak berparti tak kisah tapi anak isteri jangan lupa...tu tanah jangan biar jadi hutan...sawit tak jadi tapi hutan rimba jadi subur....Aku mengingatkan abah...Abah buat muka acu tak acu...Abah dah mula berubah..mak tak kisah sangat...Aku jadi bimbang setengah mati...Seakan-akan ada sesuatu yang bakal abah lakukan bila aku pulang kk nanti...

Telefonku berbunyi...pasti pelangan yang hendak membeli saham tu mahu menemuiku malam nanti...Mak, abah..leha nak minta diri...malam ni leha ada kerja..abah dan mak jangan gaduh ya...nanti guna duit beli belanja..jangan makan beras yang hancur tu,,,nanti sakit...Aku berpesan panjang lebar...mereka sedia maklum aku sentiasa membimbangkan mereka...aku menyalam kedua orang tuaku..ayahku seakan-akan tidak sabar untuk keluar kembali ke warung...Matanya tidak lepas-lepas melihatku untuk beredar dengan cepat...aku tahu benar perangai abah...aku mengelengkan kepala dan menarik napas bila melihat sikap ayahku seperti itu...
Suasana begitu sibuk dengan parti...sepanjang jalan penuh dengan lambag-lambang parti dari kerajaan dan bukan kerajaan yang bakal bertanding...Entah mengapa ada yang begitu taksub pada sesebuah parti sehingga sanggup membawa senjata tajam semasa berkempen...Tidak seperti kempen di zaman aku yang penuh dengan kegembiraan...semasa penamaan calon semua berkumpul dengan tenang,tiada rusuhan tiada perkelahian dan tidak ada unsur-unsur emosi yang berat hingga memudaratkan masyarakat sekitarnya.Sekiranya senario ini berlanjutan hingga ke abad seterusnya maka akan termansuhlah anjakan paradigma seperti mana yang di laung-laungkan oleh anak bangsa yang ingin melihat sebuah negara itu di tadbir dengan akal yang sihat,bagi mencapai satu revolusi yang lengkap dan berinovasi..Aku jadi bangga hidup sebagai pengundi di zaman remaja aku...Kami akan menentukan ke mana hala tuju yang sewajarnya agar kami mendapat kehidupan yang lebih baik...Semestinya kami akan menyokong kerajaan kerana dari sejarah awal kerajaan sentiasa ada untuk membantu rakyatnya...Abah...ya abah...sekali lagi fikiranku jauh menerawang ke kampung,,,,Entah apa cerita abah...sudah tiga bulan aku tak pulang...Gara-gara aku di kirim ke kuala lumpur mengantikan staf yang bercuti aku jauh dari mereka...Bila aku telefon selalu voicemail...Apa kena dengan abah ni...kalau telefon mak pula mak kata tak ada apa-apa yang berlaku...Aku tahu mak sembunyikan sesuatu....

Zaleha...awak boleh balik hari ni...mariah akan mula bekerja esok...Encik Taufik bersuara...
Oh ya ke...alhamdulilah...Ya saya balik ...aku tersenyum gembira...
Macam kamu tak suka kerja kat sini je...Encik Taufik bersuara...
Eh, bukan begitu encik...sebenarnya saya nak balik tengok mak dan abah...dah tiga bulan tinggalkan mereka...saya rindu...aku menerangkan perkara sebenar...

Emmm...anak manja rupanya...Encik Taufik cuba mengusikku...
Tak la juga...cuma...rindu..balasku...
Aku membelokkan keretaku ke halaman rumah...sebaik aku sampai aku tidak melihat kelibat abah...Assalamualaikum...Aku memberi salam...

Walaikum salam...mak menyambutku di muka pintu...aku mencari-cari abah..Biasa waktu begini abah akan duduk di bawah pokok asam jawa sambil menyulam pukatnya...
Mana abah ? aku bertanya sebaik saja aku duduk di kusyen ruang tamu.

Mak menarik napas panjang,,,Abah kau buka cawangan baru....
Aik,,,dah habis mengundi pun masih buka cawangan lagi ke...? aku kurang faham akan maksud kata-kata mak...Cawangan apa? aku bertanya lagi...

Abah kahwin lagi...dengan janda piah...dua minggu yang lalu...Azrul adikku bersuara...

What.....aku bersuara separuh menjerit...Kulihat mak tenang saja..Azrul ketawa melihat aku terkejut...
Dah la tu leha,biar abah kau tu sedar yang dia bakal miskin oleh janda piah tu...mak pula bersuara sambil menuangkan kopi ke gelasku...cucur udang kegemaranku pun turut disediakanya...Itu yang membuatkan aku rajin pulang ke kampung,semata-mata rindukan masakan mak...bukan aku tak pandai masak tapi masakan mak ni memang sedap.Ahem...aku tersedak.ha makan tu gelojoh sangat,perlahan-lahan la...mak menegurku...mungkin dia sudah masak dengan perangaiku yang selalu buat kerja yang tergesa-gesa...semua nak cepat...

sedap mak...aku mengambil air untuk minum..serasa mahu tercekik saja di buatnya...och...panas...!!Aku terkejut.Adikku Azrul ketawa...mak mengerutkan keningnya...itulah kalau makan baca bismillah...ni tak..sudah tu gelojoh semacam lagi....kalau makan macam tu,serupa iblis tau...mak mula membebel...
Ni aku malas ni...mak leha masuk dulu la mak...kejap lagi leha nak pegi rumah zaiton...aku bersuara...

Bila kau datang leha...suara Azuan kedengaran...dia tersengih-sengih serupa kerang busuk melihatku...

His dia ni lagi...aku tidak memperdulikan pertanyaan Azuan...Apa yang penting aku harus tidur dan esok aku akan temui ibu tiri baruku yang tercinta...Argh....dunia akhir zaman ni macam-macam...tanda-tanda besar nak kiamat....

Aku terlelap sampai pagi...Alamak..tak sempat ke rumah zaiton...Hari ini aku bersiap untuk berperang dengan janda piah...Apa sangat dengan janda piah tu,,,sarapiah itu seumur aku...apa yang aku kesalkan dulu dia merebut Azlan dari aku,dan hari ini abah aku pula disambarnya,,,,eee..memang aku tak puas hati...memang nak kena budak sarapiah @Piah janda ni...
Yang Azlan tu pun satu...belum setahun kahwin sibuk buat pemilihan calon isteri kedua'''siap buat undian lagi tu...his publisiti murahan..biasa orang banyak duit...alasan tak sekukuh mana...kononlah sarapiah tu mandul...sekarang isteri muda pun tak mengandung lagi...sekarang baru sibuk merayu cinta aku balik...maaf la abang...

kau nak ke mana lagi tu leha,,,kenapa tak sarapan dulu;;;mak menegurku sebaik saja melihat aku terburu-buru menuju ke kereta...
Nanti saja la mak...leha nak cepat ni...aku memandu keretaku menuju ke rumah sarapiah...sebaik saja aku sampai abah terkejut melihatku...rasa geramku kutahan melihat sarapiah yang memeluk lengan abahku manja-manja...rasa mahu ku muntah melihat gelagat si janda ni...dia tersenyum melihatku...aku membalasnya dengan muka yang masam....

Abah,tak nak pulang ke rumah lagi ke tengok mak...?saja aku bertanya soalan tu depan sarapiah...Abah senyum-senyum padaku...Abah minta maaf tak bagi tahu yang abah kahwin lagi...
Leha tak kisah kalau abah nak kahwin lagi,tapi bukan dengan perempuan ni..sampai hati abah sakitkan hati mak...apa salah mak...abah kejam tahu...saya benci abah...Aku menghamburkan seluruh rasa geramku...Abah terdiam mendengar kemarahanku....sarapiah cuma melihatku dengan wajah yang serba salah..Kalau  abah tak adil dengan mak ,leha tak nak balik kampung sampai bila-bila...dan satu lagi jangan lepas tanggung jawab abah dengan mak dan adik...jangan sampai leha tak peduli lagi dengan abah...dan kau sarapiah ingat kau hancurkan keluarga aku,kalau kau berani macam-macam dengan mak aku siap kau aku kerjakan...Aku memberi amaran buat menyedarkan abahku yang  yang terperangkap di bawah naungan cinta janda gila harta itu...
Aku meningalkan mereka dengan perasaan yang sangat marah...Kesihan mak...abah ni jahat sangat...aku mengerutu sendirian..kereta itu kupandu laju.'.Leha jangan bawa kereta tu laju sangat nanti kemalangan..'.sayup-sayup kudengar suara abah yang menjerit memberi nasihatnya,,,aku tidak peduli..aku tahu abah paling sayang pada aku tapi aku marah benar bila ayah kahwin dengan janda piah tu....Bukan aku mahu derhaka tapi hati aku sakit sangat...

Sudah 5 tahun aku tak balik kampung.Duit kukirim saja melalui pak long buat belanja mak dan adikku..malas aku mahu tahu soal abah lagi...Setiba aku di pejabat aku terima surat dari kampung,,,cepat-cepat aku membuka surat itu...Ternyata surat itu dari Azrul adikku..

Assalamuaklaikum kakak,

kak abah sakit,dia di tahan di hospital beaufort sekarang...
saya harap kakak dapat balik ke sabah secepat mungkin,kerana abah nak sangat jumpa abah,,,saya telefon kakak tak angkat ,tu saya hantar ,surat agar kakak dapat tahu berita tentang abah,,
pulanglah kakak
yang benar..
Azrul beaufort.

Aku jadi bingung...mana janda piah tu,,kenapa dia tak jaga abah aku...kurang ajar sangat perempuan tu...
Aku menyemak tambang kapal terbang ke sabah di komputerku,,Ah nasib ada tambang murah..cepat-cepat aku menempah tiket untuk pulang...

Aku tiba di hospital beaufort..Aku menuju ke wad lelaki.Disana mak dan Azrul menunggu kedatangaku...aku bersalaman dengan mak dan Azrul..jaket yang kupakai ku tanggalkan...Helmet ku letak di bangku ruang menuggu...

Kenapa tak pakai kereta..motor siapa kau pakai leha...tanya mak.
Motor kawan mak...jalan block mak,,kalau pakai motor boleh cepat sampai..tak la sesak sangat mak...

kau tu tak pandai hati-hati,,biar lambat asal selamat...
Ala mak ni...ni leha dah sampai..selamat apa,,,abah apa cerita...kenapa abah tiba-tiba sakit..mana janda tu,,,?aku bertanya
pintu di buka waktu melawat sudah tiba.aku masuk menuju ke katil abah...ku lihat abah sudah kurus benar,mukanya cangkung,abah bukan seperti dulu..yang aku tahu dulu abah seorang lelaki yang tampan bertubuh sasa dan sentisa ceria,,tapi hari ini aku melihat seorang lelaki yang agak berumur di katil itu...

Abah kenapa jadi macam ni...Aku memeluk abah...menitik airmataku melihat keadaan abah serupa itu.Barulah aku tahu bahawa janda piah meningalkan abah setelah mendapat semua harta abahku...termasuk kereta waja yang ku hadiahkan pada abah senpena harijadinya...mujur mak bijak...sebahagian harta abah di letaknya semua atas namaku selaku anak tua..kalau tidak musnahlah sawit yang kami tanam bersama abah dan mak di hujung kampung gadong tu...Tanah tu sangat bermakna bagiku kerana di sana la kami bermula hidup,sejarah kehidupan kami bermula di tempat itu,susah payah dan segala keperitan hidup kami tanggung tanpa mengeluh...

Mak ku lihat agak tenang..sedikit pun dia tidak marah pada abah..mungkin mak dah dapat suaminya kembali...aku hanya melihat imbalan yang mak dapat berkat dari doa dan kesabarannya selama ini.Aku menginsafi semua yang terjadi dalam keluargaku...dan aku terus berdoa semoga kebahagiaan yang dulu itu bertaut kembali..dan aku akan selalu  pulang ke kampung untuk merasa masakan mak...dan aku akan mendengar cerita abah tentang politik pada zaman mudanya....aku tersenyum sendiri sambil membelokkan keretaku menuju ke kota kinabalu...abah telah kembali pulih dan dia mengusahakan kebun sawit kami yang menjadi lambang ikatan kasih sayang yang erat buat keluargaku....

                                 Tammat

                                                                                     by
                                                                    bunuhcinta@absahlaimin 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan