Isnin, 8 Julai 2013

SUNDAIT OH SUNDAIT


                
                        sundait oo sundait..




   Malam itu angin bertiup lembut...Sesekali sundait melihat ke luar jandela...Di ruangan matanya hanya melihat bayangan Jumpaid yang tersenyum padanya...Kerinduanya semakin bertambah bila terlihat sebuah perahu kecil,yang dibuat oleh Jumpaid untuknya..perahu kayu itu disimpan di atas meja biliknya,itu di ambil dan dipeluknya erat...Bilalah abang pulang...Dait rindu dengan abang..Bisik hati Sundait...Akhirnya Sundait terlena sampai ke pagi....


  Sundait..bangun...cepat masak nasi..kita akan ke ladang katam padi...Lumpias menjerit sambil mengetuk bilik anak perawannya itu...
  Ha,,!sudah pagi rupanya...Mak ni..abis mimpi indah aku....Ni semua abang Jumpaid punya pasal....Tengok dah lambat bagun...Sundait mengerutu sendirian...
Sundait berjalan terhoyong hayang bagaikan orang di tuba tapai...Sambil mengambil periuk nasi dia sempat menguap....
 Kalau mau masak tu cuci muka dulu Dait..Nanti kayu tu tak bernyala.Tegur Lumpias sambil mengosok parang dan golok untuk di bawa ke ladang padi nanti...
 Sundait masih termenung sambil melihat api yang marak membakar kayu..Air mula keluar dari periuk nasi yang ditanaknya...perlahan-lahan air dari periuk nasi itu jatuh ke api,,Kedengaran bunyi letusan api yang disiram oleh air didihan nasi itu..Sundait hanya membiarkan air jatuh ke bawah...meskipun begitu air didihan nasi itu tidak mampu untuk memadamkan api yang menyala...Panas begitu terasa di tubuh Sundait....Sundait meleraikan kayu api itu dan meletakan beberapa batang kayu di atas tungku...Dia hanya meningalkan bara agar nasi itu tidak hangus...
   Suasana ladang padi itu sungguh meriah sekali..beberapa hari lagi sambutan tadau kaamatan akan berlangsung...Mereka sibuk mengatam padi untuk menyambut pesta yang penuh bermakna itu..Mereka harus mengucap syukur pada tuhan kerana memberi rezeki pada mereka selama ini..Sambutan kali ini mesti di buat besar-besaran berikutan hasil padi tahun ini sangat memberansangkan...Sundait datang bersama ibunya.Ayahnya dari subuh tadi sudah turun ke ladang...Sundait berjalan ke arah pondok di mana anak-anak dara kampung itu berkumpul sambil menampi padi.
.  Lambat datang hari ni...Mimpi indah ka semalam...Usik Julis...Sundait hanya tersenyum,

 Aku buat baju untuk abang Paid,dia janji akan pulang tadau kaamatan ni...Aku mau beri dia hadiah tu kalau dia pulang nanti,,,
 Sania ketawa...Sayang juga kau dengan si Jumpaid tu ya,,Sampai sanggup buat baju untuk dia...

 Eh,kak sania ni..cemburu nampak.,,,tu abang Gonduas tu macam mau patah hati sudah tunggu jawapan kakak tu...Pulpn pula bersuara..

   His, kamu ni,,,mana ada,,jangan buat fitnah la,,

  Kedengaran gelak tawa para perawan kampung di pondok itu...Sesekali para pemuda yang berada di ladang itu menjeling ke arah mereka...

Bulan lima telah tiba...Padi yang di tuai telah di simpan di dalam karung Guni...Orang tua konsud amat berbangga dengan penduduk kampungnya ayang rajin dan berkerja sama ,sehingga mereka mendapat hasil tuaian yang berlimpah ruah...Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba...Semua penduduk berkumpul di dewan untuk memeriahkan sambutan Tadau kaamatan...Sundait masih terpaku di hadapan cermin...Hatinya berdegup kencang...Sebentar lagi namaya akan dipanggil...Kanapa Jumpaid belum datang juga..dia kan sudah janji..sekurang-kurangnya kehadiran Jumpaid akan memberinya semangat untuk pertandingan unduk ngadau ini...Sejujurnya dia malas mahu ikut bertanding..Tapi entah mak dan ayahnya sibuk menyuruhnya bertanding,,Mana ibu dan ayah tidak mahu melihat anak mereka yang cantik itu naik ke atas pentas bagi meraih sebagai unduk ngadau...Lagipun bukan kemenangan yang hendak di cari,tetapi tradisi dan adat lama harus di warisi oleh jenerasi masa kini. Bahunya di sentuh seseorang.....Sebaik saja dia berpaling kelihatan Jumpaid yang tersenyum mesra sambil memeluk kekasihnya itu...Sundait tersenyum gembira,,Serasa dia tidak mahu melepaskan pelukan Jumpaid..Hatinya rindu benar..
Sayang apa khabar?Abang minta maaf,,abang lambat sampai..soalnya perjalanan dari bundu Tuhan ke tambunan ni jauh..Kami terpaksa berjaga-jaga,,Dengar khabar jepun akan menyerang negeri kita,,Jepun dah dah mendarat di labuan...
Apa..?Jepun nak menyerang kita,,habis tu kita macam mana?Sundait bersuara dengan nada bimbang...
Dait janganlah risau ya..Abang akan jaga Dait..Abang janji...Jumpaid mengengam tangan Sundait...Sekarang sayang bersiap-siaplah..Abang harap Dait menang pertandingan ni...Tunang abang ni kan cantik...Jumpaid bersuara sambil tersenyum...Dia mencium pipi tunangnya dengan mesra...
Sundait tersenyum..kehadiran Jumpaid memberi kekuatan buat Sundait,,Kini dia lebih tenang dan yakin di atas pentas..Di satu sudut ada mata yang memperhatikan Jumpaid dengan penuh rasa cemburu...
Pertandingan unduk ngadau telah berakhir,,Sudah pasti Sundait sudah jadi pemenangnya...Sundait yang terkenal dengan sikap sopan santun ,berbudi bahasa dan berhati luhur itu di pilih menjadi pemenang...Sundait sangat gembira,tetapi apa yang membuatnya lebih bahagia adalah kepulangan Jumpaid ke sisinya...
Dari jauh kedengaran bunyi letupan bom...Suasana pesta jadi kelam kabut...Jepun datang,,lari semua ..selamatkan diri..Jepun datang!!!!!!!!!!!!
Semua penduduk kampung bertempiaran lari..Sekumpulan askar Jepun datang membawa senapang menembak secara rawak,,Dia memberi arahan dengan arahan yang kurang difahami oleh penduduk kampung.Jumpaid mengengam tangan Sundait erat-erat....mereka bersembunyi di bawah rumah dan di tutupi dengan jerami padi..
.
Jangan takut Dait...Abang akan bersama Dait..abang akan lindugi Dait ,jumpaid menyuruh agar kekasihnya itu bertenang...Tidak lama kemudian keadaan menjadi reda...Jumpaid keluar tapi di tahan oleh Sundait...

Abang jangan pergi...Dait takut....Sundait memaut tangan Jumpaid......Jumpaid berjalan perlahan... Dait tunggu abang di sini ya...abang akan datang balik..jangan pergi mana-mana.Dia sempat melihat beberapa gadis kampung di heret oleh tentera jepun...semua barang makanan dan harta benda milik penduduk juga di rampas...Beberapa orang berbangasa cina di tembak mati tanpa alasan yang kukuh...Jumpaid terduduk...Hatinya panas benar,,,Dendamnya mula menguasai dirinya..Apa salah mereka sehingga diperlakukan seperti itu...Enam bulan sudah pendudukan jepun di sabah,,Hidup mereka terlalu sengsara dan menderita...bekalan makanan mereka di rampas...hasil padi mereka sudah berkurang,,tidak ada lagi yang berani turun ke ladang padi...tidak ada lagi tadau kaamatan....kemeriahan suasana kampung sudah hilang warna indahnya..Hanya yang ada sebuah kampung yang tandus dan sunyi....tangisan hiba tak pernah akan berhenti..limpahan darah terus mengalir di sungai liwagu...Sundait terasa mual...Berkali-kali dia muntah,,,Jumpaid mengurut belakang Sundait...Jumpaid jadi bingung..Adakah Sundait mengandung?Tidak,,Sundait tak boleh mengandung,,,Dalam keadaan begini mereka tidak harus mempunyai anak...Meskipun dia sendiri ingin sekali melihat anaknya dan Sundait itu lahir..Itu tanda cinta mereka,,Tapi...Jumpaid jadi bingung,,,Seminggu lagi Jumpaid akan mengikuti anggota relawan yang akan melawan Jepun...Mereka akan turun ke medan perang berjuang bersama-sama dengan pemuda kampung yang lainnya...
Sundait mengesat airmatanya..Dia memakaikan baju yang di kaitnya ke tubuh Jumpaid...Abang jagalah diri abang baik-baik,,,Berhati-hatilah bila berada di sana nanti,,,Dait akan tunggu abang pulang,,,
Jaga diri Dait baik-baik ya..Jaga anak abang ni...Abang janji akan pulang jumpa Dait...
Sundait mengesat air matanya yang mengalir deras...Pemergian Jumpaid merupakan satu petanda yang buruk baginya...
Kundihil begitu gembira,dengan pemergian Jumpaid..Hasratnya untuk mengambil Sundait dari Jumpaid akan tercapai...Kundihil anak kampung itu,menjadi tali barut jepun..Dialah yang akan memberitahu pihak jepun ,segala rancangan pemuda kampung yang berjuang melawan penjajah...Patutlah segala rancangan mereka gagal..Akhirnya Jumpaid dan pemuda kampung yang lain terpaksa bertahan di bundu Tuhan,sementara menuggu bantuan senjata yang diseludup dari Labuan...

Apa, Sundait sudah mengandung?Kundihil terkejut..mukanya merah menahan marah..Kini dia gagal lagi..kekasih pujaanya sudah hamil...Dendamnya semakin membara...
Pihak jepun akan membina sebuah jambatan bagi menghubungkan kampung di seberang Tambunan...Berkali-kali Jambatan itu hanyut dan rosak..Tentera jepun jadi bingung...Jambatan itu sangat penting,kerana ada sumber makanan yang banyak disitu.

Kundihil..bagaimana kita mengukuhkan Jambatan itu..kamu ada saranan?Komesai Jepun bertanya.

Maafkan saya tuan,,Mengikut cerita leluhur kami,jambatan itu akan kukuh kalau kita menanam orang di dalamnya...Jambatan itu akan kukuh kalau kita buat penyembahan ...Kundihil bersuara..

Lalu siapa harus kita korbankan...?Tanya Komesai Jepun
.
Aku tahu siapa yang kita korbankan..Sundait..ya Sundait...Dia kan telah di pilih menjadi unduk ngadau,,,Tuhan akan terima dia...Kundihil bersuara..

Sundait menuangkan air ke gelas..Tiba-tiba gelas itu jatuh..Jantungnya berdebar-debar,,Dia sudah merasa sesuatu yang bakal terjadi pada dirinya..Cepat-cepat Sundait ke biliknya..Dia mengambil kertas dan pensil lalu menulis surat buat Jumpaid..

Salam abang Jumpaid..
Abang segeralah pulang..Dait amat merinduimu..Dait takut kalau kita tidak bertemu lagi,,hati dait resah sekali...
Abang,,,andai kita tidak dapat bertemu..maafkan lah Dait,,Segeralah pulang abang,kerana Dait ingin memeluk abang..
Dait amat merindukan abang
sekian dari ku..kekasihmu
Sundait
Tambunan 1942

Jumpaid membaca surat Sundait,,Hatinya resah benar,,,
Kita tak boleh keluar sekarang Jumpaid..Di luar sana sangat bahaya...Kundihil tak akan tinggal diam..Dia dan Jepun akan menangkap dan membunuh kita..Kalau dia antara kita mati,sia-sia perjuangan kita..Gansuid bersuara..
Tapi aku rasa, ada sesuatu yang terjadi dengan Sundait...Aku mahu pulang tengok dia...Jumpaid bersuara..
Berdoalah semoga dia tak apa-apa..Tulislah surat untuk dia...Gansuid bersuara...
Sundait membaca surat yang dikirim oleh Jumpaid..

Menemui kekasihku Sundait...
Abang tak dapat pulang..Kami terperangkap di Bundu Tuhan..Abang juga sayangkan Dait,,Sikit pun hati abang tak akan berubah,,,
Dait sayang,jagalah dirimu baik-baik..Abang pasti akan pulang menemui kekasih abang tercinta ini...Maafkan abang sayang...Tapi abang janji..Hidup dan mati abang hanya untuk Dait...
sekian aku kekasihmu
Jumpaid 1942

Suasana menjadi tegang...Lumpias dan mundok merayu-rayu agar Sundait tidak di masukkan ke dalam botol kaca tersebut...
Semua penduduk kampung ,dengar sini..Sundait dipilih untuk untuk masuk ke dalam botol itu bagi mengukuhkan jambatan yang bakal di bina untuk kegunaan penduduk kampung ini..Kundihil bersuara tegas..
kau memang binatang Kundihil..Tak cukupkah selama ini kau buat kami sengsara...Tak cukupkah selama ini ,kami bagi apa yang kamu mahu...Sekarang Sundait yang kamu mau bunuh..Sundait tu tak bersalah...Kenapa harus dia yang di bunuh....
Kinoringan sudah memilih Sundait...Semua ini untuk kepentingan kita juga...Kata kundihil..
Hukum mana yang kau pakai..kau sudah gila kundihil..Sanggup membunuh keluarga sendiri demi kepentingan kau...Mudok bersuara...
Semua penduduk kampung marah benar..Sayangnya mereka hanya mendengar jeritan Sundait yang dimasukan ke dalam botol kaca yang besar..Botol kaca itu boleh memuatkan tiga orang di dalamnya...Lumpias menjerit kuat dan meronta..Dia tidak sanggup melihat anaknya dimasukkan ke dalam botol kaca tersebut...Mudok juga menerpa ke arah askar jepun yang menyaksikan upacara menanam botol kaca itu ke dalam sungai...

Tembakan bertalu-talu mengenai tubuh kedua orang tua sundait.,..Sundait yang melihat ibu dan bapanya yang ditembak..dia bersuara..AKU BERSUMPAH SELURUH KETURUNANMU KUNDIHIL,AKAN MATI BILA MELALUI SUNGAI INI,AKU BERSUMPAH JAMBATAN INI AKAN KEKAL DAN TIDAK AKAN HANCUR SAMPAI KE AKHIR ZAMAN..
.
Makan sumpahmu Sundait...Sekarang puaslah hatiku...Kau pasti akan menangis di hadapan jambatan ini Jumpaid...Inilah kubur kekasihmu Sundait..ha ha ha..Kundihil ketawa gembira,,Dendamnya terbalas sudah,,,Perlahan-lahan botol kaca itu dimasukkan ke dalam air sungai...Sundait mengengam tangannya...Tuhan kalaulah ini takdirnya,aku ingin memintamu..satukan cinta kami di dunia yang seterusnya,,,aku tidak pernah meminta apa-apa darimu..tapi aku mohon agar aku hidup sehingga Jumpaid datang ke jambatan ini...Mohon Tuhan...Sebaik saja botol itu tenggelam..semua penduduk kampung meratapi pemergian Sundait,,,Teman-teman karibnya meraung memangil nama Sundait...Hujan turun lebat..kilat sambung meyambung....Angin kuat mula bertiup kencang sekali...Air sungai mengalir deras...Semua penduduk kampung bertempiran lari,,,Air semakin naik...Beberapa askar Jepun telah dihanyutan oleh air...Semua menjadi kelam kabut,,,,Masing-masing menyelamatkan diri...

Jumpaid pulang ke kampungnya,,Jepun sudah menyerah kalah,pihak british mengebom Hiroshima...Cepat-cepat dia masuk kerumahnya..Adakah Sundait sudah melahirkan anaknya,,Apakah nama anak mereka..atau pun dia sendiri akan memberi nama buat anak itu...
Dait..ooo Sundait..Abang pulang...Rumah itu jadi sepi..Sania datang ke rumah itu...
Mana Sundait...?Tanya Jumpaid.
Sania memegang tangan Jumpaid,,Jumpaid jadi bingung..kenapa dia di bawa ke jambatan itu,,Semua penduduk kampung berkumpul disitu,,masing-masing menitiskan airmata..mereka membawa banyak makanan dan di hanyutkan ke sungai...
Apa semua ni...?Jumpaid semakin tidak faham..
Akhirnya Sania dan Ketua kampung menceritakan semuanya pada Jumpaid...Jumpaid jadi tidak sabar,,,Jumpaid menemui Kundihil yang sedang mabuk bersama beberapa wanita pelipin..Jumpaid mengheret Kundihil sampai ke sungai...disanalah Jumpaid membalas dendamnya pada kundihil...Orang kampung hanya menyaksikan pergaduhan mereka..Entah mengapa sebaik saja Kundihil menjejak kakinya ke sungai itu ,dia seperti ditarik sesuatu..semua yang melihatnya agak terkejut..Darah keluar dari sungai itu,,penduduk kampung ketakutan,,,mereka melarikan diri kerana ketakutan....Kundihil hilang dari pandangan dan lemas di sungai tanpa dikesan...
Jumpaid memeluk tiang jambatan itu...Sayang,,,abang minta maaf...Kenapa mereka begitu kejam pada kamu sayang,,,abang tak boleh hidup tanpa sayang....Maafkan abang Dait,,Abang bersalah...
Sundait memeluk Jumpaid...abang,,ini dait..Dait tunggu abang..Dait sejuk sendiri di sini...Jumpaid membuka matanya,
Syukurlah Dait masih hidup..Mari kita pulang..Jumpaid bersuara,,,
Maafkan Dait bang,,kita berlainan alam..Dait tak hidup lagi..Dait cuma rindu abang...Syukur tuhan temukan kita..Sundait bersuara.
Tak,,Abang akan ikut Dait...Abang dah janji akan sehidup dan semati dengan Dait...Jumpaid terjun ke dalam sungai tersebut,,,Akhirnya dia tengelam dan lemas ..tubuhnya termasuk ke dalam botol di mana sundait di tanam hidup-hidup itu,,Air sungai menjadi jernih,,,Tumbuh-tumbuhan dan bunga harum subur di sepanjang alur sumgai....
Penduduk kampung mencari Jumpaid...Namun gagal ditemui....jasad Sundait dan Jumpaid telah kekal menjadi sebuah jambatan yang amat kukuh..

15;MAY 2013
Kenapa anak saya tengelam tanpa sebab...?Helen jadi bingung...
Jangan kau mendekati atau mendekati sungai ini...Tiba-tiba seorang wanita yang cantik mendekatinya...
Tapi kenapa?Tanya Helen...
Sebab kau ketutunan Kundihil!!!!!!!!!!!!!!wanita itu menghilang...Helen mencari-cari anaknya Danny..Kundihil...Siapa kundihil?
Helen masih tercari-cari jawapan...Mengapa Ibunya melarang dia pulang ke Tambunan,,Siapa kundihil?
Kundihil itu adalah Moyang dari keturunan kita,,,Sampai hari ini sumpahan itu tak hilang..Buktinya anak kamu dah hilang di sungai itu..Bukan itu saja tapi keturunan kita juga akan terima nasib yang sama,,,Mama bawa kamu ke kuala lumpur agar,kamu terlepas dari sumpahan itu...Kenapa kamu kembali tanpa memberitahuku...Danny tak akan kamu temui sampai bila-bila...
Helen menangis...Tapi tangisan itu cuma sia-sia..Danny telah pergi buat selamaya......dan cinta ini akan terus mengharum di sungai itu,,dan jambatan cinta ini akan berdiri megah, sebagai satu lambang ikatan kasih cinta yang abadii....
                                      Tamat
                                                                                                          Karya agung
                                                                                                    ABSAH CINTA LAIMIN













.
















  











Tiada ulasan:

Catat Ulasan